Monday, April 6, 2020

Yang Mulia Tengku Datin Seri Dato' Zalila Mangkat


06.04.2020, Isnin :

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. 

Dukicita dimaklumkan bahawa Yang Mulia Tengku Datin Seri Dato' Zalila binti Tengku Kamarulzaman  telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini 05 April 2020. Almarhumah merupakan suri (isteri) kepada kerabat Diraja Perak Darul Ridzuan, YAM Raja Dato' Seri Ir. Jamil Ariffin ibni Al-Marhum  Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah [Marhum Affifullah].


Al-Fatihah

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah makamnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya.

Amien Ya Rabbal  Alamin,

Tuesday, July 30, 2019

Pertabalan Yang Dipertuan Agong XVI

30.07.2019, Selasa :


Merafak Sembah Setinggi-Tinggi Ucap Tahniah Kepada

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah

Dan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah  Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj

Sempena Pertabalan Yang Dipertuan Agong XVI
30 Julai 2019 bersamaan 22 Zulkaedah 1440

Sembah Takzim Daripada 

Maharum Bugis Syah

Friday, July 26, 2019

Tiga Anakanda Sultan Mizan Dianugerahkan Darjah Kebesaran Terengganu

26.07.2019, Jumaat :-

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah bersama putera dan puteri Baginda.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman  telah berkenaan menganugerahkan gelaran raja bergelar kepada anakanda-anakanda baginda. 

Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin bersama adinda-adinda Baginda.

Penganugerahan ini dilakukan dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Gelaran dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu Darul Iman bagi tahun 2019 yang berlangsung di Balairong Seri Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, Terengganu pada 22 Julai 2019 bersamaan 19 Zulkaedah 1440 tahun hijrah.

 
Tengku Muhammad Mua'az ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
Gelaran : Tengku Sri Setia Mahkota Raja
Panggilan Ringkas : Tengku Setia Mahkota

Tengku Nadhirah Zahrah binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
Gelaran : Tengku Puteri Utama Raja
Panggilan Ringkas : Tengku Puteri Utama

Tengku Fatimatuz Zahra' binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin
Gelaran : Tengku Puteri Daulath Raja
Panggilan Ringkas : Tengku Puteri Daulath

Sumber : Bernama/Instagram

Wednesday, May 22, 2019

KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Mangkat di IJN




22.05.2019, Rabu :-



Inna Lilah wa inna iLaihi raji'oon.

Dukacita dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azzam Shah, Sultan Pahang ke-5 telah mangkat pagi ini, hari Rabu 22.05.2019 bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah  pada jam 08:50hrs di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur dalam usia 89 tahun.

Patek merafak sembah dan ucapan takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia  Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sekeluarga, Jemah Pangkuan Raja Pahang, kaum Kerabat Diraja Pahang dan seluruh rakyat Negeri Pahang.

Al-Fatihah.


Semuga Roh Almarhum sentiasa di cucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amien.
Sumber : Berita Harian Online/etc ....

Friday, January 26, 2018

Sultan Kedah Terima Anugerah DK Selangor


26.01.2018, Jumaat : 

Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj menganugerahkan Darjah Kerabat (DK) Yang Amat Dihormati kepada Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.  Istiadat berlangsung semalam di Balai Singahsana Istana Bukit Kayangan, Shah Alam Selangor. 

Turut berangkat sama dalam istiadat ini adalah Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.  KDYMM Sultan Kedah diiringi oleh Sultanah Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Tengku Ariff, Raja Muda Kedah, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin berserta 20 ahli rombongan diraja Kedah.


Sultan Kedah mendahului senarai 103 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Ulangtahun  hari Keputeraan Sultan Selangor ke 72 pada 11 Disember 2017. DK merupakan darjah kebesaaran tertinggi di Selangor yang dizahirkan pada 1961 yang mengandungi seutas kalung, lencana kalung, bintang darjah, selimpang dan lencana selimpang  dengan bilangan keseluruhan maksimum keahliannya seramai 25 individu. Darjah kebesaran ini dikurniakan kepada kaum kerabat diraja dinegara ini selain raja negara lain sebagai tanda  penghormatan dan persahabatan akrab dengan Sultan Selangor.

Sumber : Bernama/My Metro/selangorroyalofficial/laman web rasmi darjah kebesaran Negeri Selangor/laman web rasmi pejabat penyimpan mohor besar raja-raja Malaysia

Thursday, January 4, 2018

Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor Mangkat

04.01.2018, Khamis :-

 Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un 

Yang Amat Mulia Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah telah mangkat pada 03.01.2018 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor dalam usia 91 tahun. Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mencemar duli berangkat ke istadat permakaman yang diadakan di Makam Diraja Selangor, Klang, Selangor.  Turut mengiringi baginda adalah Tengku Permaisuri Selangor, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Jenazah tiba di Masjid Diraja Istana Alam Shah lebih kurang jam 13:30hrs dari HTAR.  Jenazah kemudiannya dimandi, dikafan dan Solat Jenazah diadakan selepas Solat Asar diimamkan oleh Imam Masjid Istana Diraja, Imam Paduka Tuan Mohd Rasidi Mahful. Jenazah dimakamkan di Makam Diraja Selangor, Klang dengan penuh adat istiadat diraja Selangor.

Almarhum merupakan Temenggong Pertama (I) didalam Institusi Diraja Negeri Selangor semenjak terdirinya Kesultanan Negeri Selangor sekitar tahun 1743. Almarhum dilantik sebagai Tengku Aris Temenggong Selangor pada tahun 1937 dalam usia 11 tahun oleh Ayahandanya dengan penuh adat istiadat diraja Selangor di Istana Mahkota Puri, Klang. Almarhum mengekalkan gelaran berkenaan selama 80 tahun dan merupakan pemegang gelaran Temenggong paling lama dalam sejarah institusi beraja di Malaysia.  

Almarhum diputerakan pada 28 April 1926 merupakan salah seorang daripada 44 orang anakanda kepada  Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ibni Almahum Raja Muda Musa, Sultan Selangor ke-5.  Bonda Almarhum adalah Tengku Ampuan Fatimah binti Almarhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah [Sultan Perak Ke-28]. Almarhum  berkahwin pada tahun 1953 dengan Yang Mulia Raja Datin Setia Saidatul-Ezam Binti Brigadier General [B] Raja Dato’ Seri Lope Nur Rashid [Raja Kechil Besar Perak] dan dikurniakan dengan 10 orang cahayamata.

 


 

Al-Fatihah

Semuga Rohnya Almarhum Tengku Dato’ Setia Muhammad Yusof Shah Ibni Almarhum Sultan Ala'eddin Suleiman Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Sumber :- Carian Internet.

Thursday, October 5, 2017

Jubli Emas Menaiki Tahta Sultan Brunei


05 Oktober 2017, Khamis
15 Muharam 1439


Merafak Sembah Ucap Tahniah 

Sempena Perayaan Jubli Emas Menaiki Tahta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali  Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Daulat Kebawah Duli Tuan Patik

Maharum Bugis Syah

Wednesday, October 4, 2017

Almarhumah Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah Selamat Dimakamkan



04 Oktober 2017, Rabu :-


Istiadat Permakaman Almarhumah Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah telah selamat disempurnakan petang tadi dengan penuh adat istiadat diraja di Makam Diraja Al-Ghufran, Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan.

Turut berangkat mencemar duli adalah Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Zara Salim.













DYTM Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah Mangkat




04 Oktober 2017, Rabu :-

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Merafak Sembah Takziah Kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa diatas kemangkatan suri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah.

Almarhumah mangkat semalam 03 Oktober 2017 bersamaan 12 Muharam 1439 di Petaling Jaya, Selangor pada jam 05:07 petang dalam usia 74 tahun.  Jenazah Almarhumah  disemayamkan di Istana Al-Ridhuan, Ipoh untuk istiadat penghormatan terakhir dan Istiadat Permakaman dijadualkan berlangsung selepas solat Asar di Makam Diraja Al-Ghufran, Bandar Diraja Kuala Kangsar. 


Almarhumah dimasyhurkan sebagai Raja Puan Besar Perak pada 1 Julai 2014 di hadapan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar. 

Almarhumah dikurniakan gelaran Raja Puan Muda Perak pada tahun 1998 berikutan suaminya, Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa diisytihar sebagai Raja Di-Hilir Perak.  Almarhumah mendirikan rumah tangga bersama Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa pada tahun 1973 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raja Shah Azman, 43 dan Raja Nor Azwina 41.



Almarhumah  mendapat pendidikan di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Almarhumah pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Raja Chulan, Ipoh dan pernah mengajar subjek Bahasa Inggeris serta Geografi di St John Institution, Kuala Lumpur.   Almarhumah merupakan bekas Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.  Dua hari lepas Almarhumah baru sahaja menamatkan perkhidmatannya di persatuan berkenaan setelah hampir 7 tahun memberi sumbangan dalam persatuan tersebut.



Rakyat jelata boleh memberi penghormatan terakhir mulai jam 10 pagi hingga 11.30 pagi, manakala bagi pembesar negeri dan orang kenamaan bermula jam 11.30 pagi.






Gambar ini diambil pada 01 Oktober 2017 dimana Almarhumah bersama Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Majlis Penyerahan Van oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) kepada Persatuan Pandu Puteri di Seri Perdana.


AL-Fatihah


Semuga Rohnya Almarhumah Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amien.

Monday, September 11, 2017

Sultan Kedah Mangkat


11.09.2017, Isnin :-

Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un.





Merafak Sembah Takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman Tuanku Hajah Haminah dan Kerabat Diraja Negeri Kedah Darul Aman diatas Kemangkatan Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Semuga Rohnya Al-Marhum Tuanku Abdul Halim ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amien.

Al-Marhum Mangkat petang tadi pada jam 14:30hrs di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah dalam usia 89 tahun. Solat Jenazah akan diadakan pada jam 10:00hrs 12 September 2017 di Istana Anak Bukit.  Jenazah akan disemayamkan di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit untuk tujuan penghormatan terakhir untuk rakyat pada jam 11:00hrs - 12:30hrs manakala dari jam 12:30hrs hingga 13:30 untuk orang-orang kenamaan.  

Istiadat permakaman akan diadakan di Makam Diraja Langgar, Alor Setar Kedah pada jam 16:00hrs 12 September 2017. Jenazah Al-Marhum Tuanku Abdul Halim akan dibawa melalui Lebuhraya Darulaman, Jalan Tun Razak, Lebuhraya Sultanah Bahiyah dan Jalan Langgar.

Sumber :- Bernama / Berita 






Sunday, August 20, 2017

Sultan Mizan Sumbang 2 Pingat Emas Dalam Sukan SEA Ke-29



20 Ogos 2017, Ahad :-

Merafak Sembah Ucap Tahniah kepada Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah diatas sumbangan 2 pingat emas untuk negara bagi acara kuda lasak dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur ke-29 yang berlangsung di Terengganu International Endurance Park di Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.  Dengan kemenangan ini, Baginda merupakan Raja Melayu pertama memenangi pingat emas dalam sejarah temasya Sukan SEA.

Dalam perlumbaan kuda lasak sejauh 80 kilometer yang berlangsung pada hari ini, Tuanku Mizan yang menunggang kuda bernama Rtes Annaversary telah memecahkan rekod Sukan SEA dengan catatan 3:48:38s dalam acara individu 80km mengatasi rekod Sukan SEA Myanmar 2013, 6 jam 28 minit dengan purata kelajuan 20.994 km/jam.    Tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Malaysia juga, Mohd Bulkhari Rozali yang menunggang JQ Tuan Junior dan tempat ketiga Mohammad Fuad Hashim yang menunggang Mora Makaka juga dari Malaysia.  Walau bagaimanapun  peraturan perlumbaan yang tidak membenarkan pelumba dari pasukan sama untuk menang ketiga-tiga pingat menyebabkan kemenangan Mohammad Fuad terbatal.

Satu lagi emas sumbangan Baginda adalah dalam acara berpasukan bersama Mohd Adhwa Embong yang menunggang Mora Franka, dan Azizatul Asma Abdullah menungang Mora Tishaka.

Sumber : Bernama/BH Online.


Friday, June 9, 2017

Yang Amat Mulia Almarhumah Tengku Puteri Sofiah Selamat Dimakamkan




09 Jun 2017, Jumaat :-

Yang Amat Mulia Almarhumah Tengku Puteri Sofiah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah selamat dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam, Selangor lebih kurang jam 11:00hrs mengikut adat istiadat Diraja Selangor Darul Ehsan. Istiadat permakaman ini dihadiri oleh seramai kira-kira 1000 orang.  

Jenazah dimandi dan disolatkan di Masjid Istana Diraja, Bandar Diraja Klang dengan diimamkan oleh Timbalan Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan, Sahibus Samahah Dr Haji Anhar bin Haji Opir.  Turut berangkat dalam istiadat ini adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sumber :- Bernama/Utusan Online

YAM Tengku Puteri Sofiah Mangkat


09 Jun 2017, Jumaat :-


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. 

Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Amat Mulia Tengku Puteri Sofiah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah mangkat pada 08 Jun 2017 bersamaan 13 Ramadan 1438H.  Almarhumah mangkat pada jam 16:00hrs [4 petang]  di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Bandar Diraja Klang, Selangor Darul Ehsan dalam usia 68 tahun. Jenazah Almarhumah kini berada di Istana Alam Shah dan mengikut jadual, Istiadat Permakaman akan dijalankan pada jam  10:00hrs.

Almarhumah merupakan adinda kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan.


Al-Fatihah
Semuga Rohnya Almarhumah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Sofiah binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman Dan Beramal Solleh. Amien.

Sumber : Bernama / Metro / Dll