Thursday, September 27, 2007

Maharum Bugis Syah Royal Crest

Persamaan Masjid Zahir & Masjid Aziz

Masjid Zahir

Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas kegigihan Yang Teramat Mulia Tunku Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah. Tapak Masjid ini merupakan tanah perkuburan wira-wira Negeri Kedah yang telah gugur sewaktu mempertahankan negeri ini dari serangan Siam sekitar tahun 1821. Rekabentuk Masjid ini adalah diilhamkan dari Masjid Aziz, Bandar Langkat, Sumetera Utara. Lima buah kubah utama menghiasi Masjid ini melambang lima rukun islam. Masjid ini di rasmikan pada hari Jumaat 15 Oktober 1915 bersamaan 06 Zulhijjah 1333 oleh KDYMM Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halinm Shah dimana baginda sendiri mengimamkan solat jumaat pada hari berkenaan manakala YTM Tunku Mahmud membacakan khutubah Jumaat.

Masjid Aziz
Masjid ini didirikan diatas tanah seluas 18,000 meter persegi dan dibina semasa pemerintahan KDYMM Sultan Abdul Aziz Djalil Rachmat Syah, Sultan Langkat ke-7 (1897-1927). Masjid ini disiapkan dalam tempoh 18 bulan sahaja dengan kos RM200,000.00. Pada masa ini ekonomi Kesultanan Langkat begitu pesat membangun hasil daripada pendapatan minyak dan penanaman tembakau di era Hindia Belanda. Bangunan utamanya menerapkan rekabentuk Timur Tengah dan India dengan lebih dari sembilan buah kubah. Di dalamnya terdapat bangunan bersegi sembilan dengan tiang menjulang ke atas. Tempat khatib berkhutbah berbentuk mihrab berundak yang cukup tinggi seperti pelaminan raja.

Syah pun tak tahu bagaimana boleh berlakunya persamaan ini. MUNGKIN kerana hasil dari ikatan perkahwinan diantara Kerabat DiRaja Kedah dengan Sultan Langkat seperti kisah dibawah nie.


Isteri pertama Tuanku Sultan, Tengku Mahsuri Tengku Alautiah binti Raja Muda Tengku Sulaiman dari Kerabat Diraja Deli telah mangkat pada di Tanjung Pura, Langkat pada 31/10/1897. Sebagai pengantinya pada Januari 1898, Sultan Abdul Aziz telah berkahwin dengan YTM Tengku Aisha binti Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II kemudianya ditabalkan dengan gelaran Tengku Permaisuri. Tengku Permaisuri merupakan puteri Sultan Kedah Ke-24 dari bondanya YTM Tengku Miriam binti Tengku Ziauddin atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin.


Interior Masjid Zahir

Pintu Gerbang Masjid Zahir
Masjid Zahir

Kubah Masjid Aziz, Langkat, Indonesia

Masjid Aziz, Pandangan luar


Mimbar Masjid Zahir

Mimbar Masjid Aziz
Mimbar Masjid Aziz

Masjid Aziz, Langkat, Indonesia


Masjid Zahir, Alor Star, Kedah, Malaysia


DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-21
























KDYMM Sultan Abdul Aziz Djalil Rachmat Syah ibni Al-Marhum Sultan Haji Musa Al-Khalid Al-Mu'azzam Shah (1897-1927), Sultan Langkat ke-7