Thursday, September 17, 2009

Segannya Syah - 17.09.2009

Tadi Rohizad Bagi Kad Raya dan Bila Syah Tengok Ada Lambang DiRaja dan DiCop Pejabat Kebawah DYMM Sultan Terengganu. Bila Buka YMM Tengku Ampuan Bariah Yang Hantar Kad Pada Syah. Malunya Sebab Tahun Nie Syah Sibuk Ngan Kerja Tak Ada Masa Nak Hantar Kad Kat YMM.Kepada Yang Tidak Mengenali Baginda, YMM Adalah Merupakan Tengku Ampuan Terengganu Iaitu Bonda Tiri Kepada Tuanku Mizan Yang DiPertuan Agong Sekarang. Bonda Tuanku Mizan Adalah Isteri Kedua Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Baginda Merupakan Puteri Kepada Sultan Selangor dan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Ke 2 iaitu Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah. Baginda Juga Adalah Adinda Kepada Al-Marhum Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Sultan Selangor & Yang DiPertuan Agong Malaysia dan Suami Kepada Tuanku Siti Aishah - Permaisuri Agong Pertama Memakai Tudung. Baginda merupakan Bonda Saudara (Auntie)Kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan dan Yang DiPertuan Negeri Selangor Sekarang. Setelah Kemangkatan Tuanku Sultan Terengganu, Baginda Menetap Di Kuala Terengganu Sehingga Sekarang.

Mengadap YMM Tuanku Ampuan Bariah

Patik Mengucapkan Selamat hari Raya Semuga YMM Tengku Ampuan Bariah IbniAl-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj DiPanjangkan Umur dan DiMurahkan Rezeki. Amin

Kad Baginda

No comments: