Sunday, October 4, 2009

Jalan PATI / PADI - 04.10.2009

Kalau Petaling Street Terkenal Sebagai China Town, Syah Tak Tau Nak Panggil Jalan Nie Sebagai Apa. Jalan Antara Jalan Yap Ah Loy, Jalan Hang Lekiu dan Jalan Petaling. Mungkin Sesuai Dinamakan Sebagai Jalan PATI - Pendatang Asing Tanpa Izin atau Jalan PADI - Pendatang Asing Dengan Izin. DiSepanjang Jalan Ini DiPenuhi Dengan Kedai-Kedai Untuk Warga Bangladish, Nepal, Myamar dan Pendatang Asing Lainnya.
Idea Nie Datang Masa Syah Naik Bas Balik KL Hari Ini. Lebih Kurang 70% Dlm Bas Nie Kebanyakannya Pendatang Asing. Mereka Nak Ke KL Juga. Mana Lagi Kalau Tak Tempat Yang Syah Nak Cerita ni lah.
DiSinilah Tempatnya Berkumpul Warga Pendatang Terutamanya Pada Hari-Hari Cuti atau Kelepasan AM. Dengan Kemudahan Seperti Supermarket, Kedai Makan, Perkhidmatan Penghantaran Wang dan Gerai-Gerai Yang Khas Untuk Mereka dengan Signboard DiTulis Dalam Bahasa Ibunda Masing-Masing DiSamping Bahasa Kebangsaan Kita. Patutlah Tempat Ini Menjadi Tumpuan Mereka. Macam Kita Jugalah Jika Berada DiNegara Asing Susah Nak Cari Halal Food Bila Dah Jumpa Tempat Tu Lah Yang Jadi Favourite. Agaknya Mat Salleh Kat Sanapun Boring Tengok Orang Kita Macam Sesetengah Kita Tengok Pendatang Asing Ini.
Bila Banyak Pendatang Asing, Polispun Banyaklah Buat Rondaan Takut Perkara Yang Tidak Diingini Berlaku. Takut Dia Jadikan Tempat Tu Macam Negara Dia Pula. Contohnya Anggota Polis Ini Menahan Pendatang Berkenaan untuk melihat Pengenalan Dirinya. Walau Bagaimanapun Ia Dilepaskan Kerana Dokumennya Lengkap Makna Kata Dia Nie Pendatang Asing Dengan Izin. Boleh.....
Yang Ini Pula Dari Sumber Yang DiSampaikan Kepada Syah Oleh Orang Sekeliling, Polis Nie Sedang Mencari Pencuri Berkumpulan Yang Telah Merompak Seorang Pejalan Kaki. Berlari-Lari Polis Wanita dan Lelaki Ni Dalam Usaha Menjaga Ketenteraman Awam. So Jangan Marah Kalau Adik, Abang atau Saudara Anda Ingin Jadi Anggota Polis. Biarkan Sahaja Mereka Berjasa Kepada Masyarakat.

DiBawah Nie Anda Semua Lihatlah Gambar-Gambar Yang Sempat DiRakamkan Berhubung Aktiviti-Aktiviti Pendatang Asing Ini Di Kawasan Yang Syah Maklumkan Tadi. DiSinilah Tempat Mereka Berjumpa dan Berbincang Sesama Sendiri, Tempat Makan, Tempat Release Tension, Tempat Menghantar Wang Kepada Family dan Lain-Lain.

Apa Yang Syah Lihat Mereka Dengan Aktiviti Masing-Masing dan Tak Buat Kacaupun. Tak Tahulah Di Waktu-Waktu Yang Lain.

























No comments: