Saturday, November 28, 2009

Cucur Ikan Bilis - 28.11.2009

Dulu masa kecil Ejon selalu buat Cucur Ikan Bilis atau biasanya kita orang panggil roti bawang. Malam nie tak makan so Syah buatlah Cucur Bilis ini. Masa ini Syah ngan Ejon sahaja ada dirumah kerana yang lain keluar jalan-jalan ke Sungai Besar.

Senang jer nak buat kuih nie. Bahan-Bahannya Bawang merah dihiris, ikan bilis, telur, tepung gandum, garam, cili kisar dan air . Campurkan kesemua bahan-bahan ini dan masukkan daun sup jika suka.Kacau adunan tadi hingga sebati. Panaskan minyak dan masukkan adunan tu sejemput-sejemput guna tangan, nak guna sudupun boleh tapi lambatlah. Masak hingga warnanya menjadi keemas-emasan.


Inilah hasilnya Cucur Ikan Bilis atau biasanya family Syah panggil cucur bawang. Kuih ini hendaklah dimakan masa panas-panas dan dicicah dengan cili/tomato sos jika suka. Telur digunakan dalam adunan ini untuk melembutkannya bila digoreng jika tiada telur adunan ini rasa kenyal bila dimakan.

1 comment:

Putra Blog said...

ermm engku..lazatnya cucur tu....bila nak hantarkan untuk kami kat sini..ehek