Thursday, November 12, 2009

Duniaku Idea Tree - 12.11.2009

Kalau anda semua pernah datang ke tempat kerja Syah di Menara TM (Telekom Malaysia) di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur tentu anda tertanya-tanya Pokok apa tu. Itu bukannya replika Pokok Daun Emas ufti kepada Maharaja Siam tapi ianya dinamakan Duniaku Idea Tree. Pokok ini ada di Lobi Menara TM.

Idea Tree BumiKu merupakan grafik 3-D, bersaiz sebenar yang melambangkan dunia semulajadi yang ingin kita selamatkan. Pokok tersebut terletak diatas glob, iaitu bumi kita, sama seperti cara pokok tumbuh dari bumi. Kita boleh membantu pokok itu membesar dengan mengisi ranting-rantingnya dengan idea/petua bagaimana kita boleh menyelamatkan bumi dan bagaimana kita boleh mulakan dengan terlebih dahulu membantu Syarikat mengurangkan penggunaan tenaga, air dan kertas.

Untuk kempen ini kakitangan digalakkan memberikan idea-idea bernas untuk melindungi bumi. Idea-Idea yang terpilih akan digantung di ranting-ranting Idea Tree ini. Jika pendapat berkenaan dianggap praktikal TM akan merealisasikannya.

Nama Bumi dipilih supaya ianya dijadikan landasan bagi warga TM menyumbang kearah melindungi bumi sebagai seorang individu dan juga syarikat. Ini adalah salah satu dari inisiatif Tanggungjawab Korporate TM (Corporater Social Responsibilities). Selain daripada kempen Bumiku, Program CiBEC juga salah satu daripadanya. Nak tahu apa CiBEC nanti syah cerita kerana program ini akan dijalankan pada hari Ahad ini di Terengganu. Kebetulan pagi tadi Syah terjumpa CiBEC Program Director, G.S. Arumugam melihat idea-idea di Duniaku Idea Tree.

Sebenarnya kempen Bumiku Hijau ini telah dilancarkan oleh Pengerusi TM, Y.Bhg Datuk Halim Shafie dengan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM Y.Bhg Dato' Zam Isa semasa Majlis Jamuan Mesra Aidilfitri - kira open house untuk kakitangan TM dan tenant Menara TM.

No comments: