Tuesday, November 24, 2009

Fire Drill - 24.11.2009

Hari ini tempat kerja Syah, Menara TM mengada Fire Drill. Tujuannya adalah untuk memberi latihan kepada penghuni bangunan apa yang perlu dibuat jika berlaku kecemasan seperti kebakaran, gempa atau seumpamanya.
Matlamat utama program ini adalah untuk memastikan semua penghuni (anggaran 6,000 orang) dapat keluar dari Menara TM dalam masa 45 minit. Latihan ini dijangka mengambil masa 1 jam.
Latihan ini melibatkan semua pihak termasuk, Emergency Response Team Menara TM, semua penghuni Menara TM, pihak BOMBA sebagai pemerhati, pihak polis untuk mengawal keselamatan dan lalulintas serta JPA3 yang menjalankan tugas-tugas bantuan kecemasan/ambulan.
Ini adalah tempat berkumpul warga Menara TM di kawasan bekas Wisma Telakom yang telah dibeli oleh Universiti Malaya dikenali sebagai Wisma R&D Universiti Malaya.

Yang bertopi kuning itu adalah Assistant Floor Marshal Aras 14 Selatan, Abang AB Razak Ibrahim. Kami semua terpaksa melapurkan diri kepada beliau. Yang memegang sinage 14S tu our practicle student Nash .

Oficemate Syah, dari kiri Nash, Siva, Ab Razak, Ain, Shafizah, Hj Rahim, Laili, Fatin, Syuhada, Sunil dan Arumugam.

Ex-officemate Rohizad dan Yusoff Rock.

Biasalah lepas fire drill, tak semua naik semula ke office kerana confirm lif jammed. So ada yang mengambil kesempatan mengisi perut untuk breakfast atau terus lunch di food court atau restoran berhampiran termasuklah tuan punya blog nie. hehehhehehe.

No comments: