Wednesday, November 18, 2009

Hi-Goat Milk - 18.11.2009

Petang tadi beli susu hi-goat daripada Dzulkarnain. Buka apa susu nie Syah beli untuk CD yang ada kanser usus. Esok dia akan menjalani beberapa test lagi di HKL. Selagi ada daya kita kenalah usahakan untuk berubat kerana tak ada penyakit yang tak ada penawar kecuali mati. Untuk minum susu ini kena guna air suam dan jangan guna air panas kerana akan menghilangkan khasiatnya. Lebih elok mengunakan sudu plastik.

Kelebihan susu nie kerana ianya kaya dengan protien, enzim-enzim dan vitamin A yang penting untuk kesihatan. Susu ini juga katanya boleh boleh mencegah kanser, merawat gasterik , ulser perut, penyakit kuning, asma, susah tidur, penyakit kulit, hepatisis A, migraindan buah pinggang. Ianya juga untuk menguatkan sistem imunasasi paru-paru juga bersifat anti-athritis (inflamasi sendi), menyeimbang kandungan gula dalam darah dan meningkatkan daya kepekaan dan tumpuan.

No comments: