Thursday, November 5, 2009

Istiadat Bersiram - 25.10.2009

Istiadat Bersiran Sempena Pertbalan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke 11 Telah Diadakan Pada 25.10.2009. Syah Tak Dapat Hadir Waktu Itu Kerana Masih Ada Di Kuala Lumpur Lagi. Gambar Ini Syah Dapat Dari Penerangan. Istiadat Ini Bermula Dengan Perarakan DYMM Tuanku Muhriz dan DYMM Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Dari Istana Besar Seri Menanti Ke Panca Persada.

Baginda Berdua DiArak Diatas Kenderaan Yang Dinamakan Tahta Rencana (Royal Carriage) Yang Ditarik Oleh Pegawai 99 Sejauh 500 Meter Dari Istana Besar Seri Menanti Ke Panca Persada (Ceremonial Dais) Disusuli Lapan Das Tembakan Meriam. Perarakan Ini Didahului Oleh Paluan Kompang, Pembawa Alat Kebesaran DiRaja dan Diiringi Oleh Penghulu Luak Tanah Mengandong, Lembaga dan Kerabat DiRaja.

DYMM Tuanku dan Tunku Ampuan Besar Kemudiannya Akan Bersemayam Diatas Tahta di Panca Persada Dimana Orang Empat Istana Akan Berpusing Sebanyak Tujuk Kali Sebelum Mempersembahkan Cepu Bedak Limau Kepda DYMM Tuanku dan DYMM Tunku Ampuan Besar. Baginda Akan Mencelupkan Kedua Belah Tangan Kedalam Cepu Bedak Limau Berkenaan Bagi Menandakan Istiadat Bersiram Telah Disempurnakan Dengan Penuh Tradisi Yang DiWarisi Terun-Temurun Oleh Keluarga DiRaja Negeri Sembilan.

DYMM Tunku Ampuan Besar Mengambil Giliran Mencelupkan Tangan Kedalam Cepu Bedak Limau . Istiadat Ini Juga Telah Dihadiri Oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Mohamad Hassan dan Isteri YM Raja Datin Seri Salbiah Tengku Najumuddin. Dianggarkan Seramai Kira-Kira 5,000 Tetamu dan Rakyat Jelata Menyaksi Istiadat Ini.


Istiadat Ini Diakhiri Dengan Bacaan Doa. Kedua-Dua Tuanku Kemudiannya Menaiki Semula Tahta Rencana Dengan Disusuli Lapan Das Tembakan Meriam Sebagai Tanda Keberangkatan Pulang Kedua-Dua Tuanku Ke Istana Besar Seri Menanti.

No comments: