Saturday, November 28, 2009

Kek Coklat kukus - 28.11.2009

Semalam anak saudara Syah, Haziq buat kek coklat kukus. Sedap juga rasanya. sempat tanya resepi dia. Bahan-bahannya :- 3 cawan tepung gandum,1 ketul buttercup,1 cawan serbuk koko,1 cawan gula,4 biji telur,1 kotak air dutch lady perisa coklat( kotak kecil) dan 1 sudu kecil soda carbonete.
Caranya - cairkan buttercup terlebih dahulu dengan api yg sederhana - asingkan A, pukul telur, gula dan soda carbonete sehingga kembang - Asingkan B, gaulkan tepung gandum dan serbuk koko - AsingkanC. Ambil bahan B dan masukan air dutch lady dan kacau hingga sebati. Masukkan bahan A dan C berselang seli kedalam bancuhan B tadi. Kacau hingga sebati. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 40 - 45 minit atau sehingga masak.

Untuk topping pula, cairkan 1 sudu planta dan coklat masakan hingga bahan tadi menjadi likat. Gunakan kaedah seperti diatas iaitu mencairkan coklat tadi didalam bekas yang direndan dalam air panas diatas dapur.
Sapukan topping tadi keatas kek anda. Boleh juga ditaburkan chocolate rice dan badam sebagai hiasan.

Inilah hasilnya Kek Coklat Kukus Haziq

No comments: