Saturday, November 14, 2009

Kelinik Oftamologi - 13.11.2009

Syah sebenarnya sudah hampir 1 tahun 3 bulan telah berulang-alik ke kelinik pakar Oftamologi, Hospital Selayang kerana ada masalah pada mata Syah. Mula-mula Syah direfer oleh Kelinik Zariff, Menara TM ke Hospital Selayang kerana mengadu Silau dan Rasa Lain di mata Syah.
1st appointment 22.08.2008. Adalah beberapa test yang dilakukan dan suspect Syah ada Glaucoma. Satu penyakit mata yang risikonya membawa kepada buta. Sejak hari itu Syah berulang alik ke Hospital mengikut schedule yang ditetapkan. Hari ini keputusan akan dibuat samada Syah mengalami Glaucoma atau tidak.

Keadaan ini merisaukan Syah hingga Syah buat Sembahyang Hajat tiap-tiap hari seminggu sebelum hari ini supaya dijauhkan dari penyakit berkenaan, Ayahanda juga buat Solah Hajat setiap hari untuk Syah disamping kaum keluarga dan kawan-kawan juga mendoakan sama untuk kesihatan Syah. Macam biasa pagi-pagi lagi dah mandi dan bersiap. Jam 06:00am Syah dah bangun. Today di Rumah Rawang. Sempat posing dalam bilik tidur - tension sebenarnya, Allah saja yang tahu.

Actually Azrin offer nak hantar Syah ke hospital dan lepas tu dia pegi kerja. Masa nie sedang tunggu Azrin di ruang tamu. Dalam hati kata manalah budak nie. hehehheheheeh. Erin sampai lebih kurang jam 07:30 dia Sampai.

Dalam perjalanan call Ayahanda, Bonda Saudara, Kak Long Zainab, my sis Intan dan my bro Muss (outstation ke Kedah) inform nak ke Hospital Selayang dan minta mereka doakan agar semuanya selamat. Syah juga berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan Syah pada hari itu.

1st datang ambil nombor giliran untuk pendaftaran. Bayar RM5.00 sahaja. Biasalah Hospital kerajaan memang murah dan perkhidmatanya pun memang bagus. Kadangkala kelinik pakar hospital kerajaan agak lebih baik dari hospital swasta dan ada sesetengah kes yang tak dapat diselesaikan direfer ke Pakar hospital kerajaan.


Selepas daftar Syah ke kelinik oftamologi. Disini kena daftar lagi. Letakkan sahaja kad kita dalam kotak yang disediakan dan tunggu hingga nama dipanggil untuk mendapatkan rawatan.

3108. Ini nombor giliran Syah di kelinik ini. So Syah kena tunggu hingga nombor dipanggil. Memang lama sebab orang ramai. Tapi tak mengapa sebab semua nak mendapatkan rawatankan so kenalah sabar.

Beginilah keadaan di kelinik oftamology. Mula-mula macam biasa mereka akan check vision Syah. Ala macam jika anda nak periksa power cermin mata tu. Selepas check vision ada lagi pemeriksaan yang akan dilakukan. So kena duduk semula hingga nombor dipanggil.

Syah lihat banyak yang datang berteman, samada dengan anak, cucu, kawan atau orang gaji. Dalam hati Syah kata "aku jer datang sorang". Tetiba jer sedih. Tengah-tengah melayan perasaan tu ada orang tegur Syah. Along..... Terperanjat Syah, rupanya Adik Ipar Syah datang, AM. Katanya nak temankan. Shukur alhamdulilah tak seoranglah Syah. My Sis kerja. Sebenarnya dia ada call dan sms tanya Syah dimana tapi I put my phone into silence mode so dia redah jer cari Syah.

Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya no giliran Syah dipanggil. So kena ada test lagi. Pegawai Perubatan kat dalam bilik tu minta maaf kerana lambat katanya kekurangan staff kerana ada yang berkursus dan ada yang cuti bersalin. Syah kata its ok faham dan dia kata terima kasih coz Syah faham kerana ada juga patient lain yang marah-marah katanya.

Dia terangkan hari ini dia nak ambil photo saraf belakang mata Syah. So inilah alat yang digunakan. Syah kena lekapkan mata kat objek bulat seperti cam tu dan lihat tepat pada cahaya warna merah tak silap Syah dan dia minta jangan kelipkan mata. Outptnya akan dilihat pada monitor disebelah tu.

Prosidur ini tak lama sekejap sahaja. Lebih kurang 15minit Syah dalam bilik itu kerana terpaksa menunggu sebab kekurangan kakitangan. Itu yang dia minta maaf tadi.
Inilah hasilnya. Syahpun tak tengok sangat kerana pertama takut kedua tak fahampun. So dia minta Syah berikankan printout ini kepada dktor pakar dibilik EYE2 dan tunggu hingga dipanggil.

Disinilah bilik EYE 2. Bila doktor panggil Syah Tuhan sahaja yang tahu perasaan Syah. Syah masuk dan minta Am tunggu diluar. Didalam ada lagi test. Akhirnya Syah dengar doktor kata closed case. Dia inform Syah tak ada Glacoma dan Syah tanya mengenai lekuk dibahagian anak mata masa last visit hari itu (ambil gambar) dia kata berdasarkan pemeriksaan akhir hari ini iaitu saraf dibahagian belakang mata Syah dan ujian-ujian yang lainnya tidak menunjukkan adanya sintom-sintom Glaucoma. Syah tanya lagi kadangkala ada rasa macam selaput kat mata, katanya mungkin kelopak mata kotor dan dia cadangkan agar Syah guna Eye-Mo. SHUKUR ALHAMDULILLAH KERANA ALLAH SWT TELAH MAKBULKAN DOA SYAH UNTUK DIHINDARKAN DARI GLAUCOMA DAN PENYAKIT YANG MERBAHAWA PADA MATA SYAH. TERIMA KASIH JUGA PADA AYAHANDA/BONDA/BONDA SAUDARA/MY SISTER & BROTHER, AZRIN, KAWAN-KAWAN DAN PEMBACA BLOG SEMUA YANG MENDOAKAN SYAH. TERIMA KASIH SEMUA.

Sekarang hampir jam 11:30 tak silap Syah. So Syah invite Am untuk lunch dan dia kata ok tapi makan kat kantin hospital sahaja katanya. So Yang atas tu Am punya dan Syah yang bawah tu. Lepas lunch Am hantar Syah ke Stesen Bas Warta Lama coz Syah nak Solat Jumaat di Masjid Negara.
Akhir Sekali Terima Kasih Semuanya.

No comments: