Sunday, November 15, 2009

Makam Pahlawan - 13.11.2009

Apa itu Makam Pahlawan ? Sekali dengar nama itu mesti ada diantara kita yang kata Makam Pahlawan itu adalah Tugu Negara. Salah............, Makam Pahlawan adalah merupakan tanah perkuburan untuk para pemimpin Negara kita yang berugama Islam. Makam membawa maksud Tanah Perkuburan. Hari nie kebetulan Syah solat Jumaat di Masjid Negara, baru jer lepas appointment dengan Hospital Selayang. Ini adalah pintu masuk Makam Pahlawan, Makam ini terletak didalam kawasan Masjid Negara.


Ini adalah pintu masuk dari aras bawah Masjid Negara. Dibawah kubah putih inilah disemadikan bekas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah kembali kerahmaulah. Disebelah kanan pintu masuk tadi pula merupakan kawasan permakaman pemimpin-pemimpin yang telah berjasa kepada Rakyat dan Negara Malaysia. Buat masa ini, kawasan ini menyediakan 16 tapak kubur.

Ini adalah jalan masuk seperti sebuah jambatan menuju ke kawasan kubah putih makam pahlawan.

Makam bekas PM dan Timbalannya berada ditengah-tengah kolam air ini yang disambungkan oleh laluan seperti sebuah jambatan. Lihat gambar di atas.
Buat masa ini terdapat empat buah makam didalam kubah putih ini iaitu 2 orang bekas PM Malaysia dan 2 orang Timbalan PM. Manakala Makam Perdana Menteri Malaysia Pertama disemadikan di kawasan permakaman keluarganya di Makam DiRaja Langgar, Kedah.
Makam Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Datuk Hussein. PM Malaysia 22.09.1970 - 1976. Beliau merupakan ayah kepada PM kita sekarang YAB Datuk Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Beliau meninggal dunia pada tahun 1976 sewaktu mendapat rawatan penyakit leukemianya di London.
Selepas memenangi pilihan raya umum yang pertama di Malaya pada Julai 1955, beliau dilantik sebagai Menteri Pelajaran . Pada Februari 1956 menyertai Tunku Abdul Rahman Al-Haj ke London untuk menuntut kemerdekaan Malaya . Selepas Peristiwa 13 Mei 1969, puaknya di dalam UMNO menggulingkan Tunku serta mengisytiharkan Keadaan Darurat dan beliau memerintah melalui dekri sehingga 1970. Pada 22 September 1970, beliau menjadi PM Ke 2. Beliau terkenal dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1971. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman. DEB menetapkan dua sasaran yang asas, iaitu mengurangkan dan pada akhirnya menghapuskan kemiskinan dan menghapuskan pengenalpastian fungsi ekonomi dengan kaum. Beliau menubuhkan Barisan Nasional pada 1 Januari 1973 menggantikan Parti Perikatan. Beliau menambahkan ahli-ahli parti untuk mengasaskan apa yang dikatanya "Ketahanan Nasional" melalui kestabilan politik. Selepas kematiannya beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia.
Makam Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba. Bekas Timbalan PM Malaysia 10.05.1986 - 15.10.1993. Meninggal dunia pada 23.04.2006. Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada pukul 7:35 pagi kerana komplikasi jantung, paru-paru dan buah pinggang dalam usia 81 tahun.

Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen. Tun Ghafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan menerajui MCA sebagai pemangku Presiden MCA selama 10 bulan ketika parti itu dilanda krisis perebutan kuasa abntara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas presiden Tan Sri Dr Neo Yee Pan. Beliau dilantik oleh Tun Dr Mahatir menjadi TPM selepas Datuk Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai TPM pada 1987. Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan TPM apabila Datuk Seri Anuar Ibrahim mencabar kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Untuk mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan kestabilan negara beliau telah menulis surat resign pada sehelai kertas Penerbangan Malaysia di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Subang sebelum berlepas ke Korea Selatan bagi tujuan rasmi.

Makam Allahyarham Tun Dr Ismail bin Datuk Abdul Rahman. Timbalan PM Malaysia 23.09.1970 - 02.08.1973. Meninggal semasa menjawat jawatan Timbalan PM Malaysia.
Beliau merupakan pemimpin pertama disemadikan di Makam Pahlawan. Ungkapan beliau yang sangat terkenal ialah "Jangan sapu ke bawah permaidani". Peribahasa ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja, sehingga akhirnya tercetus Peristiwa 13 Mei.
Makam Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn. Bekas PM Malaysia ke 3 (15.01.1979 - 16.07.1981). Meninggal dunia pada 28.05.1990 di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco Selatan, Amerika Syarikat kerana serangan jantung dalam usia 68 tahun. Belia merupakan ayah kepada YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysa sekarang.



Sewaktu krisis kepimpinan UMNO yang berlaku pada tahun 1987, hubungan Tun Hussein dengan Dr. Mahathir menjadi buruk dan beliau menyokong 'Team B' bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Mulai dari saat itu, Tun Hussein dan Tunku menjadi pengkritik yang kuat terhadap pentadbiran Mahathir.

Bagi semua bekas PM atau TPM mempunyai bentuk makam yang standard. So mari Syah tunjukkan struktur binaan makam mereka. Ini adalah pandangan sisi makam. Terdapat lakaran bulan dan bintang pada bahagian berkenaan .
Pandangan hadapan

Batu Nisan Sebelah Kepala

Batu nisan sebelah kaki

Makam dilihat dari sudut yang berlainan


Dibahagian luar kubah putih terdapat enam buah makam pemimpin yang telah berjasa kepada Negara Malaysia. Ini adalah makam Allahyarham Tan Sri Dato' Syed Ja'afar bin Syed Hassan Albar (21.08.1914 - 14.01.1977). Beliau adalah bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada 1976 dan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung UMNO. Pernah digelar 'ultra Malay' oleh Lee Kuan Yew kerana kelantangan beliau memperjuangkan nasib orang Melayu khususnya di Singapura. Beliau dikritik hebat kerana tidak menerima konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh parti PAP dan kemudian DAP. Beliau juga disindir sebagai DKA iaitu 'Darah Keturunan Arab' dan sama statusnya dengan pendatang lain di Malaysia dan tidak layak mendapat taraf keistimewaan Melayu sebagaimana Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Beliau adalah ayah kepada Datuk Seri Syed Hamid Albar.



Makam Allahyarham Tun Dr Haji Syed Nasir bin Syed Ismail Al Shahab (07.03.1921 - 16.03.1982). Beliau merupakan ahli politik UMNO . Beliau pernah menjadi Speaker Dewan Rakya dan pernah pergi sendiri ke Kem Tahanan Kamunting untuk majlis angkat sumpah dua orang ahli parlimen DAP yang ditahan di bawah ISA. Anaknya Datuk Syed Mohd Yusof Syed Nasir merupakan seorang usahawan yang terkenal dan merupakan pemilik Hardrock Cafe.



Makam Allahyarham Tun Dr Haji Sardon bin Haji Jubir (19.03.1917 - 14.12.1985). merupakan TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang pada 1975 - 1981. Tun juga pernah menjadi Menteri Kerjaraya dan Komunikasi pada tahun 1971-1975. Pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO -1948, Ketua Pemuda UMNO - 1951, Menteri Kerjaraya, Telekom & Pos -1957, Menteri Pengangkutan - 1959 - 1968, Timbalan Presiden UMNO - 1967, Menteri Kesihatan - 1969, Menteri Pengangkutan - 1972-1974, Menteri Komunikasi - 1972 dan Wakil Tetap Malaysia Di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) - 1974.


Makam Allahyarham Tan Sri Haji Mohd Noah bin Omar. Bekas Menteri Dalam Negeri dan Speaker Dewan Rakyat. Meninggal dunia pada 04.09.1991. Beliau adalah bapa mertua Alahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.


Makam Allahyarham Tan Sri Dato' Haji Abdul Kadir bin Haji Yusof. Kmbali ke Rahmatullah pada 18.04.1992. Beliau merupakan seorang ahli politik yang terkenal. Pernah menjadi Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara (1963 - 1977). Beliau adalah suami kepada Tun Tan Sri Dr Fatimah bt Hashim atau dikenali sebagai Tun Fatimah seorang tokoh politik vetran wanita yang pernah menjawat jawatan Menteri Persekutuan. Anaknya Mohamed Shah kini menjadi Pengerusi McDonald's Malaysia dan juga Pengasas Tabung Kebajikan Ronald McDonald's Malaysia (RMCC). Manakala anak bongsunya Datuk Ali Abdul Kadir kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC).


Makanm Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir bin Johari (29.01.1923 - 19.11.2006). Teringat Syah nama sekolah rendah Syah dulu diambil sempena namanya Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Khir Johari, Sabak Bernam, Selangor. Beliau adalah satu-satunya tokoh yang namanya diabadikan sekurang-kurangnya di lapan sekolah di seluruh negara iaitu di Prai (Pulau Pinang), Kampung Melayu Majidee (Johor), Sungai Petani (Kedah), Sungai Petani (Kedah), Tanjung Malim (Perak), Beranang (Selangor) dan Bagan Datoh (Perak). Bangga dapat melihat kuburnya. Beliau merupakan pemimpin veteran UMNO yang juga anggota Kabinet pertama kerajaan pimpinan Almarhum Tunku. Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam politik termasuk menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Pelajaran Malaysia pertama negara pada tahun 1957. Beliau adalah antara anggota Kabinet kerajaan paling lama berkhidmat iaitu sejak 1950-an sebelum bersara pada 1976.

Heran Syah masa melawat Makam Pahlawan Syah terjumpa Hamba Allah Ini. Actually masa nak masuk solat jumaat tadi Syah lagi Syah nampak beliau bersalaman dengan orang-orang yang masuk ke Masjid.



Dari apa yang Syah perhatikan beliau pergi dari satu kubur (makam) ke kubur (makam) yang lain sambil berdoa dan membaca al-fatihhah dengan menyebut nama-nama Allahyarham satu persatu di depan kubur (makam) yang ada disini. Take time juga, maklumlah ada sepuluh (10) makam disini.

Selain dari itu ada juga pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara melawat makam ini.

No comments: