Sunday, November 15, 2009

Malam Penyampai Ikon - 14.11.2009

Hari ini Syah ke Istana Budaya kerana dapat jemputan dari kawan untuk menghadiri Malam Anugerah Penyampai Ikon 2009. Function ini dijalankan di Panggung Sari, Istana Budaya. Majlis bermula jam 20:30hrs tapi kena sampai awallah. Jam 19:45hrs Syah dan Azrin sampai dan masa itu hujan lebat - Raining cats and dogs. Hehehheheh. We all bersiap di rumah KL.
Program Penyampai IKON 2009 ini merupakan sebuah rancangan reality TV yang membentuk kerjaya generasi muda sebagai wartawan penyiar, penyampai berita dan pengacara yang mahir dan serba boleh.
Objektif program Penyampai IKON 2009 adalah untuk memberi peluang kepada generasi muda untuk menghadiri dan mengikut pengajian berbentuk latihan intensif meliputi etika kewartawanan, tatacara dan etika di hadapan kamera serta perkongsian ilmu bersama wartawan-wartawan tersohor dan tokoh wartawan negara.

Peserta yang berbakat dan menyerlah kebolehannya dalam penyampaian berita akan muncul sebagai barisan hadapan siaran berita RTM. Manakala yang berkebolehan dalam bidang pengacaraan akan diberi peluang mengacarakan rancangan-rancangan terbitan RTM. Program realiti ini keudara setiap hari Sabtu menerusi TV2 mulai 22.08.2009 hingga 14 November 2009 selama satu jam bermula jam 21:00hrs.

Lima dari enam orang Finalist Penyampai Ikon 2009 sedang ditemuramah secara langsung oleh RTM sebelum majlis bermula jam 2030 hrs diluar pintu masuk utama Panggung Sari, Istana Budaya.
Beginilah keadaan diluar dewan penuh dengan krew-krew RTM yang bertungkus lumus bagi memastikan pogram secara langsung ini berjalan dengan lancar mengikut seperti yang dirancangkan.
Syah didalam Panggung Sari, Istana Budaya. Dapat duduk tepi sekali , bukan apa senang kalau nak keluar ke gents. Tapi tak pergi pun ke tandas.


Beginilah keadaan dalam Panggung Sari. Pihak penganjur maklumkan bahawa hadirin tidak dibenarkan mengambil gambar dan meletakkan volume handphone mereka kepada silence mode. Tapi sebenarnya memang boleh ambil gambar tapi jangan guna flesh kerana ianya akan menggangu konsentrasi peserta dan akan nampak dalam TV kerana rancangan ini dijalankan secara langsung. Syah ambil gambar tanpa flesh. hehehheheh.

Ini adalah barisan peserta akhir Penyampai IKON 2009. Rancangan reality ini menampilkan seramai 16 orang peserta dan enam peserta telah dipilih untuk ke peringkat final iaitu Hazel Desmond, Siti Aiyshah Baslie, Khairul Faizi Dalaiil, Aina Suzaily Mohd. Zailanny, Beatrice Emma Krishnan dan Mohammed Shahril Sarapudin.

Pengemudi acara pada malam ini terdiri daripada tak lain tak bukan Misha Omar, seorang penyanyi/pengacara/pelakon danbintang kelahiran RTM bersama pasangannya seorang penyampai berita RTM, Azrul Amila Amir.

Ini adalah salah satu dari artis jemputan untuk menghiburkan kami di Panggung Sari. Mr Os dan Isma Alif dan ramai lagi artis yang turut serta. Anda semua tidak dapat menyaksikan persembahan ini dikaca TV kerana ianya sebagai selingan untuk audience ketika iklan disiarkan di kaca TV.
Jurugambar-Jurugambar rasmi sibuk merakamkan shoot-shoot terbaik mereka semasa siaran langsung ini.
Pada peringkat akhir ini para peserta diberi 2 segmen iaitu sebagai penyampai berita dan sebagai wartawan lokasi. Khairul Faizi Dalaiil dalam segmen pembaca berita.

Mohammed Shahril Sarapudin sebagai wartawan dilokasi. Dalam segmen ini peserta diminta mengulas secara langsung berita yang hendak disampaikan dilokasi kejadian dilapurkan.

Bagi setiap segmen, Para peserta akan dinilai oleh juri-juri professional yang arif tentang selok belok dunia kewartawanan dan penyiaran seperti Profesor Media Dr. Abu Hassan Hasbullah, Y.Bhg Dato' Chamil Wariya dan En Baharom Mahusin.

Para tamu yang memeriahkan Malam Anugerah Penyampai IKON 2009. Diatas sekali sebelah kiri ialah Yusanani Yusak, Pengetua Kolej Penyampai IKON 2009.

Sementara para juri menentukan siapa yang layak sebagai pemenang, audience dihiburkan oleh artis-artis jemputan diantaranya Azlan & The Typewriter, Dayang Norfaizah dan lain-lain.

Tetamu VVIP pada malam itu adalah Datin Seri Utama Maznah Rais yang mewakili suaminya YB Dato Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Saat yang ditunggu-tunggu dengan penuh debaran bukan sahaja pada para peserta tetapi penonton dilokasi dan dirumah. Pengumuman Juara Penyampai IKON 2009 jatuh kepada Aina Suzaily Mohd. Zailanny. Manakala tempat kedua dirangkul oleh Siti Aiyshah Baslie dan Khairul Faizi Dalaiil ditempat ketiga.

Waktu ini bateri kamera dah habis. Syah cuba sahaja nasib, ini adalah 2nd last pic, lepas tu kamera off dengan sendirinya. Juara membawa pulang sebuah kereta Proton Saga BLM, wang tunai RM6000.00, trofi dan sijil penyertaan. Tempat kedua wang tunai RM4,000.00, trofi dan sijil penyertaan dan tempat ketiga menerima RM2,000.00, trofi dan sijil penyertaan. Penerima hadiah saguhati memperolehi trofi dan sijil penyertaan. Peserta Penyampai IKON 2009 ditawarkan untuk berkhidmat dengan RTM sebagai wartawan penyiaran, penyampai berita dan pengacara.

1 comment:

hafiz said...

my frenz masuk final gak..
tp kalah..
hehehe