Monday, November 30, 2009

Penat & Tensi - 30.11.2009

Hari ini sakit perut tak hilang lagi. 23, 4 kali ke tandas. Jam 11:00 Syah ke Rumah Sewa di Country Homes sebab nak uruskan tutup main hole dan paip yang rosak kerana new tenant nak masuk dah. Sakit-sakitpun terpaksa pergi.

Dari Rumah Rawang Syah naik bas untuk ke Pekan Rawang. Tambang RM1.oo jer.

Dari Pekan Rawang naik bas metro ke Country Homes. Tambang RM1.30.

Singgah kedai hard ware - Cluck Hardware Sdn Bhd beli tutup main hole. RM60.00, 18 x 24 inci. Mak datuk beratnya. Syah minta mereka bungkus kerana Syah jalan kaki. Berpeluh-peluh dibuatnya mengangkat besi tu.

Inilah rumah sewa Syah di Country Homes, Rawang. Sewa RM400.00 sebulan. Deposit sewa 2 bulan manakala deposit api/air RM200.00.

Inilah rupanya Main hole tu. Syah letak dalam rumah takut kena curi lagi. Bila new tenant datang baru letak luar.
Inilah main hole yang telah terlubang dicuri oleh orang.

Lori sampah datang Syah minta mereka ambil surat khabar lama dan selipar buruk peningalan previouse tenant. Syah terjumpa iklan plumber Top Form Waterproofing Specialist & Construction, kata anytime services . call no tu berjam-jam tunggu tak datang. Syah batalkan tapi customer service mereka kata tak boleh batal dan minta call plumber sendiri. Tensionnya Syah call 2 kali tak jawap. Lantak lah terus tutup pintu balik ke Pekan Rawang.
Makan KFC kat Rawang. Semuanya sayuran coz tak boleh makan makanan keras. Lepas tu Syah beli paip untuk rumah sewa Syah - RM17.00. Tauke kedai bagi no phone plumber dan Syah tanya berapa upah, katanya RM30-40.00. Tak payahlah mahal sangat.

Masa di KFC nampak couple nie isi borang cari kerja. Kemudian mereka naik ke tingkat atas untu ditemuduga. Mula-mula perempuan tu jer nak minta kerja, lepas tu Syah lihat lelaki tupun isi borang juga.Selamat berjaya dik.

Perut sakit lagi, so Syah ke Polikelinik Rawang jumpa doktor. Dalam masa yang sama Syah call Yanto (indonesian) untuk betulkan paip dan dia kata ok. Abang Bob tak boleh pakai lambat dan ada sahaja alasanya. Katanya jam 07:00pm dia datang.
Naik bas ke Country Homes semula. Bas penuh penumnpang dan Syah kena berdiri. Alamak dahlah tak sihat. Tak per lah.

2 orang budak indian nie duduk kat kerusi sebelah Syah berdiri dan Mak dia minta abangnya pangku adiknya dan suruh Syah duduk. Thanks. Shukur alhamdulilah. Syah lihat abangnya selalu menyakat adiknya. Happynya mereka. Yang lelaki tu ada terpijak kaki Syah dan dia kata Maaf. Berbudi bahasa budak nie.

Tak sampai jam 07:00pn Yanto datang. 06:30pm tak silap Syah. Paip yang Syah beli tadi tak sesuai katanya dan dia pergi beli yang baru. RM20.00 dan upah pasang RM15.00. Yanto juga buat house renovation. Sesiapa nak perkhidmatannya boleh cal beliau di talian 012 348 7065.

Setelah selesai Syah balik ke Pekan Rawang naik bas metro semula.

Sampai di pekan rawang dah malam. Sakit peru tak hilang lagi. Penat, tension semua ada. So Syah ambil keputusan balik naik teksi jer. RM10.00 tambang. Shukur Alhamdullilah Selesai kerja kecuali pintu pagar. tu kemudian boleh uruskan yang penting dalam rumah seattled.

1 comment:

Anonymous said...

pembetulan... lubang septik tu dalam english dipanggil manhole bukan main hole... hehe