Sunday, November 15, 2009

Salam Yang Tak Perlu Dijawab - 14.11.2009

Sebagai seorang muslim adalah lebih baik dan dituntut untuk memberi salam. Bagi merealisasikan tuntutan ini adalah kita semua dianjurkan agar menzahirkan sebut salam itu dengan sempurna mengikut adap dan tertibnya.

Dan kadangkala terdapat kesilapan yang tidak disengajakan dalam menyampaikan ucapan salam ini iaitu Assalaamu’alaikum wa rahmatullaahi ta’ala wa barakaatuhu.”. Ingat yer Tidak ada ungkapaan ta’ala dalam memberi salam.

Ucapkan lah Salam dengan sempurna iaitu :-
Assalaamu’alaikum wa rahmatullaahi wa barakaatuhu.”
Hadits dari ‘Imran bin Hushain radiallau ‘anhu, ia berkata: “Seorang laki-laki datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengucapkan , ‘Assalaamu’alaikum’. Maka dijawab oleh Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam kemudian ia duduk, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Sepuluh’. Kemudian datang lagi orang yang kedua, memberi salam, ‘Assalaamu’alaikum wa Rahmatullaah.’ Setelah dijawab oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ia pun duduk, Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Dua puluh’. Kemudian datang orang ketiga dan mengucapkan salam: ‘Assalaamu’alaikum wa rahmatullaahi wa baraakaatuh’. Maka dijawab oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian ia pun duduk dan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Tiga puluh’.” (Hadits Riwayat Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad no. 986, Abu Dawud no. 5195, dan At-Tirmidzi no. 2689 dan beliau meng-hasankannya).

Dalam Shahih Muslim (54) disebutkan: Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kalian tidak akan masuk surga sehingga kalian beriman, dan tidak dikatakan beriman sebelum kalian saling mencintai. Salah satu bentuk kecintaan adalah menebar salam antar sesama muslim.” Dalam kita berusaha untuk implement salam ini jangan sekali-kali kita cuba mempersendakan atau mempermain-mainkan salam itu sendiri. Maksud Syah setiap salam harus dan wajib dijawab kecuali salam-salam berikut :-

Salam Imam dalam solat
Selepas solat Imam akan memberi salam dan tidak wajib dijawab oleh makmum kerana salam itu bukan ditujukan kepada kita tetapi kepada makhluk-makhluk tertentu.

Salam orang bukan Islam
Insiden Ini banyak berlaku terutamanya orang bukan islam memberi salam kepada kita. Perlu diingat salam itu tidak wajib dijawap dan kita harus memberitahu mereka dengan cara yang baik dan sopan. Walaupun sekarang ini heboh diperkatakan mengenai konsep 1 Malaysia tapi bila menyentuh soal agama dan budaya ada do and dontnya. Begitu juga kita harus tahu mengenai ugama dan budaya rakan senegara kita. Kaum India bila mengarak kavadi mereka melaungkan ” Wel-Wel Murga” dan Syah percaya perkataan ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Contohnya bila anda berjumpa kawan anda berbangsa India anda terus cakap “we-wel murga” apa khabar……Tak patutkan ? Begitulah dengan ungkapan salam itu tadi.

Salam yang mempersenda
Kes ini paling banyak berlaku. Contohnya ada beberapa orang anak muda mengurat dan mengusik perempuan sambil memberi salam. Dan ada pula kedengaran suara berkata “Tak Jawap Salam Berosa Tau”. Salam seperti ini confirm tidak perlu dijawab kerana ianya mempersenda dan merendahkan ucapan salam itu sendiri.
Memberi salam diakhir ucapan.
Dalam majlis / konsert / mesyuarat dimulai dengan ucapan salam. Kita wajib menjawap salam itu tetapi jika salam itu diberi diakhir sesuatu majlis/konsert/mesyuarat ianya tidak wajib dijawab. So ingat jika hendak memberi salam biarlah pada awal pertemuan/majlis buka masa tamat sesuatu upacara baru hendak ucap salam pada semua.

No comments: