Friday, November 6, 2009

Terima Kasih - 06.11.2009

Syah Ingin Mengambil Kesempatan Ini Untuk Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Kepada Induvidu-Individu Berikut Kerana Membantu Syah Di Istiadat Pertabalan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Al-Marhum Tuanku Munawir Pada Tanggal 07 Zulkaedah 1430 Hijrah Bersamaan 26 Oktober 2009 .

YAM Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Muhriz D.K.Y.R

Terima Kasih Kerana Dapat Merealisasikan Impian Patik Untuk Menyaksikan Pertabalan Paduka Ayahanda YAM Tunku Sebagai Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke 11. Kenangan dan Pengalaman Ini Akan Tetap Kekal Dalam Ingatan Patik Seumur Hidup. Terima Kasih Patik Ucapkan Atas Jemputan YAM.
Terima Kasih Saudara Diatas Segala Bantuan Yang Dihulurkan Kepada Syah Semasa Berada Di Balairong Seri dan Sewaktu Ketibaan Syah Di Seri Menanti. Sikap Proactive dan Responsif Yang Anda Paparkan Telah Memberi Gambaran Pertama (1st Impression) Kepada Syah Mengenai Kerabat DiRaja Negeri Sembilan Yang Baru. Kepada Pembaca Blog Semua, Nama Beliau Tidak Dapat Syah Nyatakan Atas Perminaan Beliau.

En Mohd Safuan bin Ariffin @ Safuanstudio.com
Terima Kasih En Safuan Kerana Sudi Menemankan Syah Ke Seri Menanti Dan Menjadi Photographer Syah. Segala Bantuan En Safuan Amat Syah Hargai.

No comments: