Friday, November 6, 2009

Tuanku Muhriz Pengerusikan Mesyuarat Ke-219 Majlis Raja-Raja - 06.11.2009

DYMM Tuanku Muhriz ibni Al-Marhum Tuanku Munawir telah mempengerusikan Mesyuarat ke-219 Majlis Raja-Raja yang bermula pada hari rabu 04.10.2009 . Seperti biasa mesyuarat ini dihadiri semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri kecuali Kelantan, Pahang, Perak, Johor dan Terengganu. Mereka masing-masing diiringi menteri besar dan ketua menteri kecuali Negeri Sembilan yang diwakili Datuk Muhammad Razi Kail, yang dilantik sebagai penasihat sementara Mesyuarat Majlis Raja-raja kali ini.


Kelantan diwakili Pemangku Sultan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Pahang diwakili Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad, Perak oleh Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah dan Johor diwakili Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim Tunku Ibrahim Ismail. Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.

Mesyuarat dua hari ini membincangkan perkara-perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan, perlantikan, ekonomi serta perkembangan industri kewangan Islam. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri hari terakhir mesyuarat semalam. Mesyuarat diadakan di Istana Negara.

No comments: