Sunday, November 8, 2009

Iddin & Ali Terima DKYR - 07.11.2009 (20.10.09)

YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz menerima anugerah Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (DKYR) oleh Paduka Ayahanda beliau iaitu Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 20.10.2009. Istiadat pengurniaan darjah kebesaran kedua tingginya berlangsung di Istana Besar Seri Menanti baru-baru ini. Darjah ini diwujudkan sejak 1978 dan hanya dikurniakan kepada Putera dan Puteri Diraja Negeri Sembilan yang berketerunan Raja Raden Ibni Raja Lenggang sahaja.



Turut berangkat hadir pada majlis penganugerahan di Dewan Istana Besar Seri Menanti ialah DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud. Hadir sama YTM Undang Yang Empat, YTM Tunku Besar Tampin dan YAB Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Isteri, YM Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, Ahli Mesyuarat kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.

Sebagai contoh penerima anugerah ini akan meletakkan darjah kebesaran itu dibelakang namanya seperti berikut :-

YAM Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Muhriz, DKYR

No comments: