Monday, December 21, 2009

Memori Toya - 19.12.2009

Semasa di Teluk Intan My Bro, Muss sempat mengimbau semula kenangan silam semasa dia kanak-kanak. Disinilah tempat dia bersekolah dan dibesarkan oleh ayahandanya selepas penceraian kedua ibubapanya. Secara kebetulan Uncle Shariff dapat bertukar ke Shell Installation, Jalan Batak Rabit, Teluk Intan. Ini sekolah rendah Muss, Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz. Sekolah menengahnya tak sempat nak singgah SMK Sultan Abdul Aziz.
Disinilah Mus atau dalam family kita panggil Toya dibesarkan bersama Kak Long Fadilah, Kak Ngah Faziah dan Zul. Disini Uncle Shariff hantar anak-anak mereka mengaji di Kampung Kastam dan sebenarnya ada rahsia ........... diantara mereka Muss lah yang selalu ponteng tak pergi mengaji tapi Uncle tak tahu. Sekarang rumah ini telah menjadi milik orang lain dan Uncle Shariff menetap dikampung isteri barunya di Pahang.

No comments: