Tuesday, December 29, 2009

Mantan Sultan Terengganu - 31.12.2009

Tengku Ali ? Pernah tak anda semua kenal siapakah gerangannya hamba allah ini. Beliau adalah anak jati Negeri Terengganu Darul Iman. Kalau anda tidak kenal tak mengapa kerana ada lagi yang lebih teruk dari anda dimana anak jati Terengganu sendiri tidak mengenali beliau atau ada yang pura-pura tak kenal. Siapakah Tengku Ali sebenarnya dan apakah kaitannya dengan Tahta Kerajaan Negeri Terengganu. Tengku Ali dilahirkan pada tahun 1914 di Istana Tepi Bukit berhampiran Bukit Puteri, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau merupakan putera sulung Sultan Terengganu ke 13 iaitu Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III yang memerintah diantara tahun 1920-1942. Bondanya adalah Tengku Ampuan Maryam bt Al-Marhum Sultan Ahmad 1, Pahang.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu sewaktu berusia 8 tahun dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Andrew School, England sewaktu berusia 15 tahun dan menyambung pelajaranya diperingkat ijazah di Oxford Univerisity dalam bidang Geography. Walau bagaimanapun beliau tidak sempat memperolehi ijazah. Pada tahun 1934 beliau kembali ke tanahair dan pernah bertugas dengan Mubin Sheppard di Kemaman, Di Selangor dan Kuala Lumpur bersama Raja Uda dan Residen British Selangor pada waktu itu dan kembali semula ke Terengganu pada 1937 dan pernah bertugas sebagai penguasa polis & kastam dan pegawai pelatih di Mahkamah Besar Kuala Terengganu.

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultan Terengganu ke-13.
Sultan Sulaiman mangkat pada 25 September 1942 (14 Ramadhan 1361) jam 05:30pm hari Jumaat di Istana Timur, Padang Seri Negara, Kuala Terengganu. Sepertimana anda semua maklum, tahun 1942 adalah zaman era pemerintahan Jepun di Tanah Melayu. Setelah Al-Marhum Sultan Sulaiman dimakamkan dikubah Masjid Abidin, Tengku Ali ditabalkan sebagi Sultan dihadapan Tuan Yang Terutama Gabenor Negeri, ketua-ketua pejabat kemajuan, kerabat-kerabat diraja dan lain-lain

Jepun menyerah kalah pada 12 September 1945 dan pemerintahan Tanah Melayu kembali ke pentadbiran tentera British. Pada 05 November 1945 , seramai 13 orang kerabat diraja dan pembesar Terengganu mengadakan mesyuarat di Istana Maziah tanpa pengatahuan Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu. Pada hari Ahad, 16 Disember 1945, beberapa orang kerabat diraja, menteri-menteri dan Hardley berhimpun di Istana Maziah tanpa pengetahuan Tengku Ali dan dalam perhimpunan ini mereka menistiharkan Tengku Ali tidak lagi menjadi Sultan Terengganu. Mereka yang terlibat diantaranya Umar Mahmud, Tengku Hitam, AbdulRahman, Muhammad Saleh Ahmad, Abu Bakar Mustafa, Tengku Embung, Abdullah, Abdul Kadir, Abdullah Yunus, Wan Muda Wan Ali, Tengku Hitam Hussein, Muhammad Hashim dan Tengku Wok. Diantara mereka hanya Tengku Wok sahaja yang pernah meminta maaf kepada Tengku Ali. Setelah turun dari tahta Tengku Ali menjalankan pelbagai tugas untuk menyara kehidupan beliau dan keluarga dimana Tengku Ali pernah menjadi pemandu kereta sewa dari Kuala Terengganu ke Kuantan, Pahang hingga ke Singapura dan pernah DYMM Sultan Pahang mengeluarkan perintah supaya beliau di "tangkap" tapi beliau dapat meloloskan diri. Beliau juga pernah menjadi Tauke Wayang bergerak dari satu pekan ke pekan yang lain di seluruh Terengganu bersama anak sulungnya Tengku Abdul Halim.Setiap yang hidup pasti akan mati kerana dunia ini adalah pinjaman semata-mata. Tidak ada yang kekal abadi didunia ini samada harta, kekayaan mahupun kuasa. Begitulah juga dengan Tengku Ali. Beliau mangkat pada 17 Mei 1996 dalam usia 82 tahun. Perjuangannya mencari pengiktirafan sebagai Sultan Terenggnu terputus ditengah jalan. Beliau dimakamkan di dalam kawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Ini adalah makam Tengku Ali. Makam ini telah dibina oleh anakanda beliau iaitu YH Dato' Setia Pahlawan YM Tengku Dato' Haji Iskandar Abu Bakar ibni Tengku Ali, DSAP; DIMP; SAP; AMN; PJK. Tengku Dato' Iskandar adalah anakanda Tengku Ali dan bekas Tengku Ampuan Terengganu iaitu YAM Tengku Seri Nila Utama Pahang, Tengku Ainon Jamil bt Al-Marhum Sultan Abu Bakar, SIMP. Beliau sekarang bertugs di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang sebagai Penolong Pengelola Bijaya DiRaja KDYMM Sultan Pahang. YAM Tengku Ainon Jamil telah berpisah dengan Tengku Ali selepas Tengku Ali diturunkan dari Tahta Kerajan Terengganu.


Tulisan di atas buku berkenaan dibuat dalam dua tulisan iaitu rumi dan jawi seperti berikut :-Bismillahirrahmanirrahim. Dengan ingatan kasih mesra dan doa restu dari ahli keluarga serta rakyat jelata yang mengenali Almarhum Tengku Ali Ibni AlMarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah sultan Terengganu yang ke-14, telah diputerakan dalam tahun 1914 Sultan dan Pemerintah bagi Negeri Terengganu serta jajahan takluknya mulai 26hb September, 1942 sehingga 5hb November, 1945. Mangkat pada hari Jumaat 17 hb Mei 1996 jam 12.45 tengahari. bersaman 29 Zulhijjah 1416. Muslimin muslimat yang mengenali baginda sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu wata'ala mencucuri rahmat ke atas roh baginda amin ya rabbil alamin.
Beliau pernah membawa kes Tahta Kerajaan Terengganu ke Mahkamah tetapi nasib tidak menyebelahi beliau. Apa yang terkilan di hati Tengku Ali adalah beliau tidak pernah diiktiraf sebagai Sultan Terengganu dimana seolah-olah selepas kemangkatan Sultan Sulaiman pada 25 September 1942, Terengganu tiadak mempunyai Sultan sehingga bapa saudaranya, Tengku Ismail menaiki tahta sebagai Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 16.12.1945. Menurut penjaga makam, ini adalah makam salah seorang yang terlibat menjatuhkan Tengku Ali. Makam ini berada tidak jauh dari Makam Tengku Ali.

23 comments:

Radin87 said...

Tidak pernah sangka pula yang Terengganu ada kisah sebegini.. Nampaknya, kalau dikorek dalam-dalam, pasti kita akan melihat pergolakan tahta dan krisis keluarga diraja di mana-mana...

keluarga tahamas said...

thanks for your concern..

keluarga tahamas said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

as salam,YM Tg.minta izin share kisah ni_wan naz kel

solomon said...

Di zaman ini tidak cukup menuntut pengitirafan melalui lisan shj. Sesaorang itu harus berkuasa dan berpengaruh. Lupakanlah saja niat utk mengembalikan kuasa jika tiada pengaruh.

sunagakure said...

ada sesiapa yg tahu nama anak n cucu tengku ali ni?

sunagakure said...

ada sesiapa yg tahu nama anak n cucu tengku ali ni?

hanaf_paka said...

Bru tahu ni......mybe msh byk lg sjrh tganu yg kita xtau.harus dikaji

semek said...

apakah sebab utama tg ali dijatuhkan dari takhta??

Anonymous said...

semek said...
apakah sebab utama tg ali dijatuhkan dari takhta??


http://wzwh.blogspot.com/2012/09/mb-yang-berpengaruh-boleh-menjatuhkan.html

Redzuan said...

Salam... Kesian keturanan tengku ali..

zeck said...

Salam..Tengku ALi ada berapa org isteri dan anak?

Anonymous said...

camne kira ngan sultan lepastu yer?.. patutnye dipulangkan balik ke keturunan Tg. Ali ni tak?

Anonymous said...

Terima kasih kerana mengetahui dan ambil tahu hal sejarah negeri Terengganu.
Sejarah tetap sejarah walaupun sehari kejadiaan ianya tetap digelar sejarah tetapi Negeri Terengganu ini pelik , sejarah
Sultan Ali dikuburkan seperti ianya tidak pernah berlaku.
Tidak tahu apa tujuan mereka yang tidak bertanggungjawab ini ingin sembunyikan sejarah Sultan Ali daripada pengetahuan rakyat.
Apa yang mereka takutkan?

Anonymous said...

bila kebenaran cuba disembunyikan inilah yg berlaku...

Anonymous said...

Salah sorg bekas isteri tg ali masih lagi hidup....

Anonymous said...

sbnrnye kisoh sultan trg lg kompliketed... sepatutnya keturunan anak sulong sultan zainal abidin 3 yg mnjadi sultan trg hgga kini.. namun yg ade skrg ialah keturunan anak ke 3 sultan zainal abidin3.. sultan sulaiman yakni ayahanda tg ali adalah anak kedua sultan zainal abidin 3..
susur galur yg sbnr ialah sultan muhamad shah2 yg merupakan putera sulong sultan zainal abidin3..yg mana beliau sempat jd sultan dlm tempoh sgkt sblm diambil oleh adik sultan muhanad shah2 yaknu sultan sulaiman... kemudian sultan ali yakni anak sultan sulaiman jd sultan skjap tp dirampas pula oleh sultan ismail hgga kini cucu beliau jd sultan trg yakni sultan mizan..
bgtulah kisoh keturunan hgga kini. dan byk bukti berkaitan sultan muhamad shah 2 dan sultan ali dipudarkan..antaranya org skrg tak kenal lg istana kg kolam...
ini info sahih dr cicit sultan muhamad 2..

Anonymous said...

dan sebetulnya keturunan sultan muhamad shah2 yg jd sultan trg kini.. tu kene ingat... ketrunan tg ali xpyh nk rebut sgt sbb kalu ikut sbnr keturunan tg ali bkn jg yg berhak atas takhta trg.. JGN KATA KE SULTAN SKRG SEMBUNYI FAKTA..SDGKAN KETURUNAN TG ALI PUN SEMBUNYI FAKTA!

Anonymous said...

Siapa adult beradik sultan ali

Anonymous said...

Siapa nama adult beradik sultan ali

Anonymous said...

Maaf siapa nama adik beradik sultan ali yang lain

Anonymous said...

teringat mase kecik2 dulu, arwah atuk saya bagitau, sultan trg sekarang bukan sultan yg sebnarnya.

Anonymous said...

ya betuk...kalau ikutkan titah Sultan Zainal Abidin III...semua ankanda Almarhum akan jadi Sultan....tp bila sampai kpd Sultan Ismail...Sultan akan diganti oleh Raja Muda...sedangkan anakanda Sultan Zainal Abidin III masih ada lg 2 org....Wallahua'lam