Tuesday, January 5, 2010

Gelaran YAM Raja Zarith Sofea - 06.01.2010

Ada pertanyaan daripada seorang sahabat mengapa Isteri DYAM Tengku Mahkota Johor, YAM Raja Zarith Sofea bt Almarhum Sultan Idris Shah tidak menggunakan Duli dihadapan gelarannya. Kebiasaannya bagi negeri-negeri beraja di Malaysia, isteri-isteri kepada DYTM/DYAM Raja-Raja Muda/Tengku-Tengku Mahkota atau Yang DiPertuan Muda menggunakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) sebelum nama mereka kecuali Negeri Pahang menggunakan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia bagi Isteri KDYMM Tengku Mahkota Pahang. Keadaan seperti ini tidak berlaku di Johor. Manakala Negeri Sembilan pula tidak mempunyai Raja Muda kerana penganti Yam Tuan hanya akan dipilih oleh Undang Yang Empat dikalangan pewaris tahta iaitu Putera Yang Empat hanya selepas kemangkatan Yam Tuan.

YAM Raja Zarith Sofea bt Almarhum Sultan Idris Shah, D.K. II, S.P.C.M

Mengikut Bahagian Protokol, SUK Johor dan Jabatan DiRaja, Istana Bukit Seren memang gelaran-gelaran DiRaja di Negeri Johor agak unik sedikit berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Geleran Duli Yang Maha Mulia (DYMM) untuk Sultan dan Sultanah Johor Sahaja, Duli Yang Amat Mulia untuk Tengku Mahkota Johor dan Raja Muda Johor manakala Yang Amat Mulia (YAM) untuk Tunku Bendahara Johor dan Isteri Tunku Mahkota Johor. Di Negeri Johor tidak ada raja bergelar.Yang Amat Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah di lahirkan pada 14 Ogos 1959 in Hospital Batu Gajah, Perak. YAM mulia merupakan puteri kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzwan and Duli Yang Maha Mulia Raja Mazuwin binti Almarhum Raja Arif Shah. YAM berkahwin dengan DYAM Tunku Mahkota Johor pada tahun 1983. Hasil dari perkahwinan ini YAM dikurniakan lima orang putera dan seorang puteri iaitu Tengku Ismail, 24, Tunku Aminah Maimunah Iskandariah, 21, Tunku Idris, 20, Tumku Abdul Jalil, 18, Tunku Abdul Rahman, 15, dan Tunku Abu Bakar, 7. YAM mendapat pendidikan dari

  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Datin khadijah, Kuala Kangsar, Perak
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar, Perak
  • Cheltenham Ladies College, Gloucestershire, United Kingdom 1972-1977
  • Davies College, London
  • Somerville College, Oxford University, Sep 1979 BA of Arts
  • Oxford University, Masters

1 comment:

Putra Blog said...

yup..thanks abang kerana dah beritahu saya..thanks k...