Sunday, January 10, 2010

Istiadat Pengkebumian Negara Allahyarham Tun (Dr) Fatimah Hashim - 10.01.2009

Istiadat Pengkebumian Negara Allahyarham Tun Tan Sri (Dr) Fatimah Hashim telah disempurnakan dengan penuh adat istiadat kebesaran negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara selepas solat Zohor hari ini. Pengalaman Syah menghadiri istiadat ini memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Allahyarham Tun bukan sahaja pernah dinobatkan sebagai wanita pertama yang dilantik menganggotai jemaah menteri Malaysia semasa hayatnya malah selepas pemergiannya mengadap ALLAH S.W.T tanpa kita sedari Allahyarham juga mencatat sejarah sebagai wanita pertama yang disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kalau hendak info mengenai Makam Pahlawan sila view blog Syah bertajuk Makam Pahlawan bertarikh 13.11.2009.
Jenazah sampai ke perkarangan Masjid Negara lebih kurang jam 12:15pm. Dari jauh lagi Syah nampak keranda Allahyarham diselimuti dengan Jalur Gemilang dan dihiasi dengan kalungan bunga melor. Perasaan sayu dan sedih menyelubungi semua hadirin terutamanya kaum keluarga Allahyarham Tun. Anggota-anggota tentera dengan pakai rasmi mengangkat keranda Allahyarham dari bawah menaiki tangga untuk diletakkan seketika didalam Masjid Negara sementara menunggu waktu solat zohor dan kemudiannya Solat Jenazah untuk Allahyarham Tun.
Jenazah sedang diusung memasuki Masjid Negara.

Jenazah diletakkan didalam Masjid berhampiran Mimbar Masjid.
Syah tak pasti siapa saudara ini. Tetapi apa yang Syah perhatikan dia menangis teresak-esak disebelah keranda. Syah sendir mendengar tangisannya. Syah rasa ini adalah anak Allahyarham Tun tetapi Syah tak pasti namanya. So touching. Syah faham perasaannya sebab Syah pernah kehilangan orang yang Syah sayangi seperti Nenda Maharum, Nenda Sadu, Bonda Zan, Ayahanda Saudara (Mon) dan Nenda Ahmad Al-Haj.
Jenazah dibawa memasuki kawasan Makam Pahlawan, Masjid Negara melalui Kubah Makam yang menempatkan pusara-pusara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kecuali Tunku Abdul Rahman yang dimakamkan di Makam DiRaja Langgar, Kedah. Jenazah dikebumikan bersebelah pusara suami tercinta iaitu Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusoff iaitu bekas Peguam Negara dan Menteri Undang-Undang yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 18hb April 1992. Jenazah sedang dimasukkan dalam liang lahat.
Bacaan talkin. Kelihatan digambar adalah PM Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak. Turut hadir adalah isteri beliau, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
PM menabur air mawar dan bunga rampai ke atas pusara Allahyarham Tun Tan Sri (Dr) Fatimah Hashim dan kemudianya oleh kaum keluarga Allahyarham Tun.

No comments: