Monday, January 25, 2010

Keberangkatan Pulang Tuanku dan VVIP - 25.01.2010

Istiadat Pengkebumian Negara untuk Tun Ghazali Shafie selesai lebih kurang jam 02:30pm. Sebelum berangkat pulang DYMM Sultan Ahmad Shah dan VVIP sempat berlegar-legar seketika di Makam Pahlawan bertemu para hadirin terutamanya kaum keluarga Allahyarham Tun.
Tuanku mengucapkan takziah kepada salah seorang anak Allahyarham Tun. Syah sempat mendengar Tuanku memaklumkan bahawa dia mengenali Allahyarham Tun semenjak Baginda berumur 16 tahun lagi. Tuanku juga sempat beramah mesra dengan kaum keluarga Allahyarham Tun dan memaklumkan bahawa Baginda baru balik dari Sungai Lembing. Allahyarham Tun adalah anak jati Kuala Lipis, Pahang.
Tuanku, Pak Lah dan Tun Khalil bergambar dengan seorang wartawan. Wartawan tu minta seorang anggota polis ambilkan gambarnya. Tuanku sempat bergurau kepada wartawan berkenaan katanya Jangan tulis pasal saya yer, saya tak ada apa-apa tau, sambil Baginda dan hadirin ketawa. Walaupun nampak tegas tapi very friendly Tuanku Sultan Ahmad Shah rupanya.
Inilah kenderaan rasmi Sultan Pahang, KDYMM Tuanku Sultan Ahmad Shah.
Macam nielah keadaan Tuanku, sentiasa tersenyum dan tak lepas dengan kelakarnya sebelum Tuanku memasuki kenderaan rasmi Baginda. Baginda ditemani oleh Menteri Besarnya. Selamat Jalan Tuanku. Dirgahayu Tuanku Patik. Ini pula kenderaan rasmi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka.
Tun Khalil melambai kepada semua sambil diperhatikan oleh Pak Lah sebelum memasuki kenderaan rasmi beliau. Syah perhatikan memang style Tun suka angkat tangan macam nie.
Ini pula kenderaan rasmi Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi @ Pak Lah. Lepas nie Syah balik office jalan kaki ikut KTM kemudian naik LRT ke Menara TM, Jalan Pantai Baharu. Penat tapi puas kerana dapat ziarahi Allahyarham Tun dan solat jenazah untuk beliau. Gembira juga kerana dapat berjumpa Sultan Ahmad Shah, Tun Khalil dan Tun Abdullah dari dekat. Dekat sangat kedudukan Syah dengan TYT dan Tuanku semasa Istiadat Pengkebumian Negara Allahyarham Tun Ghazali Shafie.

No comments: