Wednesday, January 27, 2010

Lawatan Ke Makam DiRaja Mahmoodiah - 27.01.2010

Jika anda semua ada kelapangan silalah melawat Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu sambil membaca Al-Fatihah atau Al-Quaraan untuk Almarhum Sultan Iskandar yang amat kita kasihi. Makam ini dibawah pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah Johor Baharu, Pusat Islam Iskandar Johor Darul Takzim. Waktu melawat adalah dari jam 08:00am hingga 06:00pm. Tak silap Syah esok adalah hari terakhir untuk melawat makam secara rasmi. Walau bagaimanapun makam ini terbuka untuk dilawati oleh orang ramai pada bila-bila masa. Untuk sebarang keterangan lanjut anda boleh menghubungi Pejabat Agama Islam Daerah Johor Baharu atau membuat pertanyaan melalui telefon ditalian 07- 2282940/42.
Orang ramai dari segenap pelusuk Johor dan luar Johor menziarahi makam Almarhum Sultan Iskandar dengan membaca Alfatihah dan Al-Quraan. Syah memang teringin melawat Makam ini tapi tak ada kesempatan atas sebab-sebab perkhidmatan, Insyallah Syah akan sampai juga nanti.- Gambar BH
Sultanah Zanariah dan YMM Tengku Ampuan Besar Najihah Tunku Besar Burhanuddin membaca yasin di Makam Almarhum Sultan Iskandar sambil ditemani oleh Kerabat DiRaja Perempuan Johor pada 24.01.2010 jam 02:30pm. - Gambar BH

Pada sebelah paginya cucunda Almarhum, Tunku Abdul Jalil berangkat ke Makam Diraja Mahmoodiah pada jam 10:00am. Beliau tidak dapat menyertai istiadat permakaman kerana berada diluar negara. - Gambar KosmoPada 25.01.2010 Mantan Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kalla dan rombongan yang mewakali kerajaan Indonesia mengadakan kunjungan takziah keatas Almarhum Sultan Iskandar. Beliau dan rombongan menghabiskam masa selama kira-kira 15 minit di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah. - Gambar BH

No comments: