Saturday, January 23, 2010

Pakaian Ziarah dan Permakaman - 23.01.2010

Menteri Besar Johor telah memaklumkan malam tadi bahawa waktu orang awam memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Tuanku Iskandar bermula jam 09:00am hingga 10:30am dan untuk orang-orang kenamaan bermula jam 11:30am - 12:30am. Jenazah akan disemayamkan di Istana Besar Johor Baharu dan dijangka dibawa ke Makam DiRaja Bukit Mahmoodiah pada jam 01:30pm. Istiadat permakaman akan dilaksanakan pada jam 02:00pm.

Menteri Besar Johor
Dato' Haji Abdul Ghani Othman

Kepada anda yang ingin menghadiri istiadat ini hendaklah mematuhi etika pakai yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri seperti berikut :-
  1. Orang-orang Melayu perlu memakai tanda perkabungan kain putih selilit sahaja selebar dua inci pada songkok . Wanita hendaklah memakai tudung bewarna putih.
  2. Bagi lain bangsa dan agama mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci dilengan kiri dan bertali leher warna hitam. Wanita hanya perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci dilengan kiri mereka.
  3. Bagi yang memakai uniform mereka perlu melilit kain hitam selebar tiga inci dilengan kiri mereka.
  4. Bagi upacara pemakaman pula, lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri. Bagi yang memakai uniform, mereka perlu melilit kain putih berukuran dua inci di songkok.
  5. Kepada yang menerima bintang dan darjah kebesaran Negeri Johor hendaklah memakainya.

No comments: