Saturday, January 23, 2010

Siapa Bakal Sultan Johor - 23.01.2010

Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ibrahim Ismail
Selepas kemangkatan Almarhum Tuanku Iskandar semalam, sudah tentu penggantinya adalah Pemangku Sultan johor Sekarang iaitu Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim. Tunku Mahkota adalah pengganti Sultan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Jumaah Majlis DiRaja Johor. Tunku Ibrahim merupakan putera sulung Almarhum Tuanku Iskandar dan bekas isterinya Josephine Rubby Trevorrow atau Cik Kalsom bt Abdullah. Almarhum mengenali beliau semasa melanjutkan pelajaran di England. Beliau berpisah pada tahun 1962. Setakat yang diketahui Bondanya telah berkahwin dan menetap di England.

Gambar terbaru Almarhum Tuanku Iskandar

Tunku Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggila Ku Yim oleh masyarakat Johor dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu pada 22 November 1958. Terkenal seorang yang fanitik dalam sukan bermotor sehingga wujudnya program kembara motorsikal tahunan yang dikenali sebagai Kembara Mahkota Johor. Beliau mendapat latihan ketenteraan di Fort Benning, Georgia dan kemudiannya Fort Bragg, North Carrolina, Amerika Syarikat. Ku Yim dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada 04 Julai 1981 dan bersemayam di Istana Pasir Pelangi hingga sekarang. Pernah menjadi Pemangku Sultan Johor pada 26 April 1984 hingga 25 April 1989 sewaktu Almarhum Paduka Ayahandanya menjadi Yang Di-Pertuan Agong Ke-8. Semenjak kebelakang ini Ku Yim selalu mengambil alih tugas-tugas rasmi Almarhum Tuanku Iskandar kerana keadaan Almarhum Tuanku Iskandar yang tidak mengizinkan.

YAM Raja Zarith Sofea. Syah tidak ada gambar terbaru YAM.

Ku Yim mendirikan rumahtangga dengan YAM Raja Zarith Sofia bt Almarhum Sultan Idris Shah II. Ayahandanya merupakan Sultan Perak sebelum Tuanku Azlan sekarang dari isterinya DYMM Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Mazwin. Hasil dari perkahwinan ini Ku Yim dianugerahkan lima putera dan seorang puteri iaitu, DYAM Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman & Tunku Abu Bakar. Puteri baginda pula Tunku Aminah. Sila lihat blog Syah bertarikh 06.01.2010 - Gelaran YAM Raja Zarith Sofea.

No comments: