Saturday, March 6, 2010

Home Sweet Home Tuanku Ismail - 06.03.2010

Shukur Alhjamdulilah kesihatan KDYMM Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra beransur pulih setelah hampir 10 Bulan mendapat rawatan intensif di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Baginda dan rombongan tiba di Lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baharu, Kelantan lebih kurang jam 12:30 tengahari pada 04 Mac lepas menggunakan pesawat khas kerajaan Malaysia. Semenjak mendapat rawatan di Singapura pada 24 Mei 2009, berbagai-bagai masalah telah melanda Institusi Beraja Negeri Kelantan yang disifatkan oleh media sebagai Kemelut Istana Kelantan dan secara tidak langsung menjadikan kerabat Diraja negeri ini menjadi tumpuan masyarakat Malaysia. Turut menyambut keberangkatan tiba Sultan kelantan adalah DYAM Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, Kerabat DiRaja, ahli-ahli politik dan dianggarkan seramai 5000 rakyaat kelantan. Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak dapat hadir kerana dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sehari sebelum keberangkatan pulang Sultan Kelantan. Menurut setiausaha akhbarnya, En Ahmad Fadhli Shaari, Nik Aziz mengadu sakit disebelah dada kirinya sewaktu pemeriksaan jantung dikelinik jantung HUSM dan telah dirujuk oleh doktor untuk dimasukkan ke wad. Beliau dijangka dibenarkan pulang dalam masa dua atau tiga hari lagi.
Kelihatan KDYMM Sultan Ismail Petra berpakaian baju lengan panjang dan seluar hitam ditolak menggunakan kerusi roda setibanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.

No comments: