Wednesday, March 31, 2010

Nik Aziz Dahului Terima Darjah Kebesaran - 31.03.2010

Tahniah Syah ucapkan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang telah dianugerahkan gelaran Dato’ Bentara Setia oleh Pemangku Raja Kelantan, YMM Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dalam satu istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar, Kota Baharu Kelantan pagi tadi. Beliau telah mendahului senarai penerima darjah kebesaran negeri berkenaan.
Hari ini sahaja seramai 84 0rang telah dianugerahkan bintang dan darjah kebesaran Negeri Kelantan. Manakala seramai 555 individu lagi akan menerima penganugerahan pada Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujian pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Mohd Aiseri mengumumkan senarai penerima darjah kebesaran dan bintang berkenaan dalam satu sidang media yang diadakan di Istana Balai Besar, kota Baharu, Kelantan. Beliau memaklumkan, perlu ditekankan disini bahawa Istiadat penganugerahan kali ini bukan merupakan acara perayaan ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan ianya hanya merupakan anugerah daripada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan kepada mereka yang telah diampuni perkenan oleh baginda sendiri.

Turut dianugerahkan Darjah Kebesaran hari ini ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dianugerahkan Dato’ Lela Negara. Manakala Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias dianugerahkan Dato’ Sri Setia Raja.



Bagi Anugerah Darjah-Darjah Kebesaran lainnya :-

Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.)
  • Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
  • Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.)

  • Datuk Tengku Salwani Al-Marhum Sultan Yahya Petra
  • Dato’ Tengku Rozan Al-Marhum Sultan Yahya Petra
  • Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob

Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.)

  • Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan

Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.)

  • Datuk Sukri Mohamed, Peguambela
  • Pengelola Istana DiRaja, Datuk Abdul Halim Hamad

Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.)

  • Ketua Polis Kelantan, SAC I Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.)

  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.)

  • Mejar (B) Md Anizam Ab Rahm, Anggota Exco kerajaan negeri
  • Mohd Nassuruddin Daud, Speaker Dewan Negeri Kelantan
  • Nik Abdul Kadir Nik Mohama, Bekas pegawai Yayasan Islam Kelantan
  • Datuk Noor Zahidi Omar, Adun Pengkalan Kubor
  • Yahya Othman, bekas Adun Banggol Judah

Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.)

  • Tuan Guru Hashim Abu Bakar, Mudir Pondok Pasir Tumboh

Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.)

  • Seramai 34 orang termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam, Ahmad Mahmood dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Ismail Samah.
    Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Ghazali Abdul Rahman.

Jaksa Pendamai (J.P.)

  • Seramai 10 orang menerima pelantikan termasuk Adun Air Lanas, Abdullah Ya’kub.

Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Mulia Amat Mulia (J.M.K).

  • Che Abdullah Mat Nawi - Exco Kelantan
  • Dr Mohamed Fadzli Hassan - Exco Kelantan
  • Wan Ubaidah Omar - Exco Kelantan

No comments: