Saturday, March 6, 2010

Princess Aiko Kena Buli - 06.03.2010

Hari ini sibuk satu dunia berita melapurkan Princess Aiko kena buli oleh beberapa orang budak lelaki disekolahnya menyebabkan beliau tidak hadir ke sekolah untuk beberapa hari. Jurucakap DiRaja Issei Nomua tidak memaklumkan bila Princess Aiko akan memulakan sesi persekolahan dan perkara ini akan diselesaikan secepat mungkin. Beliau bersekolah di sekolah rendah elit Gakyshuin di daerah Shinjuku bahagian tengah Tokyo. Syah dapat rasakan bagaimana perasaan puteri raja nie. Dulu masa Syah darjah tiga pernah ada orang buli dan setiap kali datang sekolah kena bagi dia duit sampai satu tahap rasa macam tak tahan dan tak nak kesekolah sampai kena marah dengan Almarhum dan Almarhumah Nenda. Mereka bawa juga Syah ke Sekolah tapi Syah menangis tak nak sekolah macam orang hilang ingatan dan ayahanda saudara Syah, Almarhum Uda Mon yang juga seorang guru di sekolah tu akhirnya dapat pujuk Syah dan kes tu dapat diselesaikan dan Syah ke Sekolah macam biasa. satu hari jer tak sekolah.
Princess Aiko dan bondanya Princess Masako

Berbalik kepada puteri nie, mungkin ada yang tak kenal siapa dia. Ialah kan anak raja kat Malaysia nepun kita tak khatam semua inikan anak raja dari negara luar kan? Princess Aiko adalah anak perempuan tunggal Pewaris Tahta Maharaja Jepun, Crown Prince Narahito dan Princess Masako. Beliau diputerikan pada 01 Disember 2001. Satu kelahiran yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Jepun kerana ianya merupakan kelahiran seorang pewaris tahta yang dinanti-nantikan oleh Jepun. Selain daripada itu iajuga merupakan kelahiran yang amat ditunggu-tunggu oleh kedua ayahbondanya yang telah sekian lama berkahwin tapi tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Walau bagaimanapun Masyarakat Jepun dan kerabat DiRaja merasa agak hampa apabila yang lahir adalah seorang perempuan bukannya lelaki seperti yang diharapkan dan tiada peruntukan undang-undang membenarkan wanita menjadi Maharaja di Jepun.

Pewaris Tahta - Prince Hisahito

Kegagalan melahirkan zuriat lelaki menyebabkan bondanya, Princess Masako merana menghidap adjustment disorder dan diberi terapi anti tekanan perasaan. Situasi ini menyebabkan beliau tidak dapat menjalankan tugas-tugas rasmi selama hampir enam tahun. Sebenarnya Kerajaan Jepun dalam proses mengubal undang-undang membenarkan wanita menjadi pewaris tahta seperti di Negara-Negara Eropah bagi menyelesaikan isu pewaris tahta yang semakin meruncing kerana kesemua anak lelaki Emperor Akihito tiada zuriat lelaki. Walau bagaimanapun pada 06 September 2006, Princess Akishino @ Kawashima Kiko isteri adik lelaki Crown Prince Narahito, Prince Akishino melahirkan seorang bayi lelaki bernama Prince Hisahito dan secara langsung menyelesaikan isu pewaris tahta Chrysanthemum dan secara tidak langsung mengetepikan hak Princess Aiko dalam senarai pewaris tahta. Kasihan Syah lihat nasib yang menimpa keluarga Crown Prince Naruhito yang selalu dirundung malang. Apa-apapun sama-samalah kita doakan agar kebahagian dan kegembiraan melimpihi keluarga DiRaja ini walaupun ianya bukan satu agama dan bangsa dengan kita. Bagi Syah jika kita mendoakan kebaikan untuk orang nescaya ada orang lain pula yang akan mendoakan kebaikan untuk kita.

No comments: