Saturday, May 1, 2010

Body Guard Tengku Faris ditembak - 01.05.2010

Macam-macam hal berlaku di Kelantan semenjak akhir-akhir ini. Malam tadi salah seorang daripada pengawal peribadi DYTM Pemangku Raja Kelantan, Tengku Mohamad Faris Petra cedera parah ditembak di bahagian dadanya. Insidem berkenaan berlaku di Kampung Sungai Niyor, Palekbang semasa beliau dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Pinang, Tumpat setelah menamatkan tugas di Isana Negeri, Kubang Kerian. Beliau dipercayai ditembak beberapa das oleh empat lelaki yang menggunakan dua buah motosikal dan salah satu peluru berkenaan mengenai bahagian kanan dadanya yang mengakibatkan paru-parunya mengalami kecederaan parah. Beliau merupakan seorang pesara tentera yang bertugas secara kontrak dengan Istana Negeri dan Istana Mahkota telah bertugas selama 17 tahun. Diantara tugas-tugas beliau adalah untuk menjaga keselamatan keluarga diraja dan membantu tugas-tugas pengawal peribadi kepada DYTM Tengku Faris. Beliau kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II. Pihak polis masih dalam siasatan untuk mengatahui motif sebenar insiden ini. DYTM Pemangku Raja Kelantan juga menitahkan supaya diadakan siasatan segera berhubung kes ini. Sama-samalah kita tunggu keputusan siasatan Polis nanti dan marilah kita panjatkan doakan agar beliau cepat sembuh dan dapat bertugas semula seperti sediakala. Pada jam 02:19pm tadi Syah menelefon ke Bahagian ICU, Hospital Raja Perempuan Zainab II (09 - 7452000) dan dimaklumkan beliau masih lagi berada didalam wad ICU.

No comments: