Friday, April 2, 2010

Din Beramboi selamat dikebumi - 02.04.2010

Jodoh, Ajal dan Maut telah ditentukan oleh yang MAHA ESA dan tak siapa yang dapat merubah kehendakNYA. Akhirnya Allah S.W.T lebih sayangan Din Beramboi. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir malam tadi jam 12:30 di Wad ICU, Hospital Pakar Selayang. Jenazah Allahyarham dibawa ke rumah ibu mertuanya di di Taman Ehsan, Kepung untuk dimandikan dan kemudiannya ke Masjid Al-Fa'izin, Taman Desa Jaya kepung untuk disembahyangkan. Jenazah di kebumikan di Tanah Perkubur Islam Taman Ehsan, Kepong sebelum Solat Jumaat tadi lebih kurang jam 11:00 tengahari. Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad bin Mior Badri berumur 44 tahun meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man (42 tahun) dan 3 orang cahayamata, Nil Aina Adibah (18tahun), Mior Ahmad Shafiq (16 tahun) dan Nirain (6 tahun). Allahyarham dimasukkan ke Hospital Pakar Selayang pada Selasa lepas kerana mengadu tidak sihat.
Suasana pilu di upacara pengkebumian Din Beramboi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong Selangor. Gambar Diambil Dari Mygossip.com

Pada awalnya pihak hospital menjangka beliau terkena virus kencing tikus tetapi setelah ujian dijalankan beliau disahkan mengidap Demam Denggi Berdarah dan keadaan Allahyarham semakin serious kerana buah pinggang dan hatinya sudah tidak berfungsi kesan dari denggi berkenaan. Turu serta ditanah perkuburan adalah rakan-rakan, sanak saudara, peminat-peminat Allahyarham, rakan-rakan artis Allahyarham dan wakil-wakil pihak penyiaran. Turut kelihatn adalah rakan setugas Allahyarham di Radio Era - Aznil. ASTRO di maklumkan akan mengadakan program khas untuk mengingati Allahyarham malam ini dan tidak akan menyiarkan sebarang rakaman mengenai Allahyarham selama tiga hari bermula hari ini sebagai tanda berkabung untuk Allahyarham.
Al-Fatihah Buat Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Semuga Allah S.W.T Mencucuri Rahmat Keatas Rohnya dan Dihimpunkan Bersama Orang-Orang Yang Soleh. Amin. Sesunguhnya Pemergian Allahyarham Merupakan Satu Kehilangan Besar Dalam Industri Hiburan Tanahair. Takziah buat keluarga Allahyarham. Dan kepada kita semua sama-samalah kita mengambil langkah berjaga-jaga memerangi demam denggi yang semakin menular sekarang ini. Semuga kita semua dijauhkan dari sebarang bencana. Amin.

1 comment:

Muhamad syukri dzun nurin said...
This comment has been removed by the author.