Monday, April 5, 2010

Istiadat Perlantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah - 05.04.2010

Masa buka koleksi Album DiRaja MBS (Maharum Bugis Syah), Syah terjumpa gambar Tuanku Siti Aishah, Mantan Raja Permaisuri Agong Malaysia Ke XI. Sudah tentu anda semua kenal pada Baginda yang merupakan Raja Permaisuri Agong pertama bertudung dan Raja Permaisuri Agong termuda pernah dilantik. Syah minta tolong kawan, Rohizad Ismail untuk scan beberapa keping gambar istiadat untuk blog Syah kerana scanner Syah ada masalah. Thanks Izat. Gambar ini diambil semasa Istiadat Perlantikan Baginda sebagai DYMM Tengku Permaisuri Selangor. Selepas kemangkatan DYMM Tengku Ampuan Selangor Tengku Hajah Rahimah bt Al-Marhum Sultan Abdul Aziz Langkat, Tuanku Siti Aishah yang merupakan isteri kedua DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (kini Al-marhum) menggunakan gelaran Cik Puan Besar Selangor. Dengan perkenaan Tuanku dan Ahli Dewan DiRaja Selangor, satu Istiadat Perlantikan Cik Puan Besar Selangor sebagai Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor telah disempurnakan dengan penuh Adat Istiadat Kebesaran DiRaja Negeri Selangor pada hari Sabtu 24 Oktober 1998 bersamaan 03 Rejab 1219. Menurut Bahagian Istiadat (Protokol) Istana Mestika,Shah Alam, Selangor, selepas kemangkatan Almarhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tuanku Siti Aishah diberikan gelaran Yang Maha Mulia Permaisuri Siti Aishah. Buat masa ini tiada gelaran Tengku Ampuan Selangor atau Tengku Permaisuri Selangor kerana ianya masih lagi kosong kerana Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj masih tidak mempunyai suri selepas penceraian Baginda dengan YM Datin Paduka Raja Zarina Tan Sri Raja Zainal Abidin (YTM Raja Puan Muda Selanggor : - 1972- 1986) berpisah pada 1986 dan Cik Puan Nur Lisa Idris Abdullah berpisah pada 1997.

  • Istiada bermula seawal jam 08:30pagi dengan Penjawat-Penjawat DiRaja mengambil tempat di Balai Rongseri Istana Alam Shah, Kelang Selangor diikuti ketibaan Dif-Dif, Para Jemputan dan Menteri Besar Selangor pada waktu itu, YAB Dato' Abu Hassan Omar dan YABhg Datin Hajjah Wan Nor Hj Daud.

  • YAM Tengku Panglima DiRaja diiringi oleh YAM Tengku Seri Andika DiRaja dan Yang Dimuliakan EngkuMaha Kurnia Bijaya Seri Amar DiRaja mengadap dan mempersilakan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah ke Balai Rongseri.

  • Keberangkatan tiba kedua Tuanku dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Idris Shah (Sekarang bergelar Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj) di mulai dengan paluan nobat "Raja Berangkat" dan Lagu Kebangsaan Negeri Selangor

  • YDH Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor dititah mengadap untuk menjalankan Istiadat.

  • Sahibus Samahah Dato' Seri Utama DiRaja Mufti Negeri Selangor, YAM Tengku Panglima DiRaja, Yang Dimuliakan Engku Maha Kurnia Bijaya Seri Amar DiRaja dititah mengadap.

  • Kemudiannya DYMM Sultan Selangor meletakkan TIARA di jemala (kepala) DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah.

  • Setelah selesai kedengaran 18 das tembakan meriam menandakan perlantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah telah disempurnakan mengikut adat istiadat DiRaja Selangor.

  • Selepas tembakan Mariam lagu kebangasaan negeri Selangor dimainkan.

  • Sahibus Samahah Dato' Seri Utama DiRaja Mufti Negeri Selangor mengambil tempat membaca doa kesukuran kerana Istiadat telah disempurnakan tanpa sebarang halangan.

  • Istiada Merenjis Air Mawar telah didahului oleh YAM Tengku Seri Andika DiRaja Selangor Tengku Dato' Shahruddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaeiddin Shah, YAM Tengku Bendahara Selangor Tengku Azman Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj dan YAM Tengku Aris Temenggung Tengku Muhamad Yusof Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.

  • Ucapan tahnia daripada YAB Menteri Besar Selangor, wakil-wakil daripada waris-waris, kerabat-kerabat, orang-orang besar, dan YDH Dato'-Dato' Diraja oleh YAM Tengku Besar Putra.

  • Istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A) yang membawa gelara Dato' kepada penerima lelaki dan wanita pula membawa gelaran Datin Paduka di hadapan nama mereka. Seramai 13 orang telah dikurniakan darjah kebesaran ini sempena Istiadat Perlantikan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah. Penerimanya adalah YDH Dato' Hj Baharin Hj Mat Akhir, YDH Tan Sri Datin Sri Cempaka Hjh Kontik Kamariah Ahmad, Y.Bhg Datuk Zakiah Hanum Hj Abdul Majid, Y.Bhg Datin Jamaiyah Daud, En Manjit Singh Herban Singh, En Ghazi Ishak, En Zulkifly Rafique, En Azhar Muhammad, Tn Hj Abdul Hanif Hj Abdullah, Ir. Othman Merican, En Jason Goh Teck Chai, Dr. Cam Soh Thiam Hong dan En Chen Yeng Khan.

  • Setelah selesai Istiadat Pengurniaan Darja Kebesaran, bacaan doa dibaca oleh Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor diiringi oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Negeri dan Al-Fadhil Iman Paduka Tuan.

  • Keberngkatan pulang DYMM Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor Siti Aishah diriingi oleh DYTM Raja Muda Selangor.

  • Dif-Dif dan Para Jemputan berdiri hormat apabila lagu Kebangsaan Neger Selangor dimainkan dan diikuti dengan Paluan Nobat "Raja Berangkat"

  • Dif-Dif dan Para Jemputan kemudiannya beredar ke Majlis Santpan Tengahari.

3 comments:

Muhamad syukri dzun nurin said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Suke tengok gambar-gambar ni. Dulu, saya siap potong keratan akhbar istiadat ni n framekan. Al-Fatihah untuk Almarhum dan semoga panjang umur kepada Y.M.M Permaisuri Siti Aishah.

Layla said...

Pergh...Cayalah Syah. Tinggi nilai sejarah gambar ni. Tapi x puas nak nengok sebab kecik sgt. Kalo Syah x kisah, buleh x besarkan sikit gambar baginda berdua masa istiadat tu? Nak tengok secara langsung dulu x boleh sebab x dijemput. Dpt tgk dlm gambar kat sini pun jadilah. Thanks Syah...