Saturday, May 22, 2010

Anakanda Tengku Mahkota Pahang Masuk Hospital - 22.05.2010

Salah seorang anakanda kembar Tengku Mahkota Pahang, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Tengku Abdullah, telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan semalam (21.05.2010) kerana menghidap demam denggi . Tengku Afzan dimasukkan ke HTTAA lebih kurang jam 01:00 petang selepas ujian darahnya didapati positif denggi. Sebenarnya beliau telah mengalami demam panas dengan suhu 39 darjah celcius semenjak tiga hari lepas. Walau bagaimanapun suhu badannya tidak menunjukkan sebarang perubahan dan keputusan dibuat untuk merujukkan Tengku Afzan ke HTTAA. Baginda percaya bahawa Tengku Afzan mendapat jangkitan demam denggi daripada kembarnya, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah.

Gambar Lama Tengku Afzan bersama bonda tersayang Tengku Puan Pahang,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sewaktu berusia 7 tahun.

Baginda tidak pasti dimana putera/Puterinya mendapat jangkitan tetapi memaklumkan kemungkinan di sekolahnya. Sehubungan dengan itu baginda menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan peka dengan persekitaran terutamanya dalam keadaan wabak denggi yang semakin berleluasa sekarang ini. Tengku Afzan diputerikan bersama kembar lelakinya pada 11 September 2001 merupakan puteri ke empat Tengku Mahkota Pahang dari Isteri Pertama baginda Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bt Al-Marhum Sultan Iskandar (Sultan Johor). Bersama Tunku Puan Pahang, baginda dikurniakan empat orang putera dan dua puteri manakala bersama isteri kedua baginda, Cik Puan Julia Rais (bekas artis malaysia) dikurniakan tiga orang puteri. Sebelum kelahiran putera/puteri baginda, Tengku Abdullah telah mengambil dua anak angkat dari Kerabat DiRaja Pahang.


Buat masa ini Tengku Afzan dilapurkan dalam keadaan stabil. Bersama-samalah kita memanjatkan Doa agar Tengku Afzan cepat sembuh. AMIN.

No comments: