Friday, May 21, 2010

Elia Dibenar Lawat Tuanku - 21.05.2010

Shukur Alhamdulilah dan Tahniah kepada Cik Puan Elia Suhana yang telah mendapat hak kebenaran melawat suaminya Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra. Inilah yang Syah katakana dalam entry sebelum ini jika Cik Puan dipihak yang benar maka kebenara akan memihak kepadanya. Kita harus menanamkan kepercaya kepada system perundangan di Negara ini yang tidak dipengaruhi oleh pihak lain dalam membuat keputusannya. Cik Puan dijangka akan cuba untuk melawat Tuanku Ismail di Istana Mahkota esok 22.05.2010 sepertimana arahan mahkamah.

Semalam Mahkamah Rayuan Syariah telah membuat keputusan agar hak lawatan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah kepada Cik Puan Elia untuk melawat suaminya secara giliran bermula dari pukul 7 pagi setiap hari Sabtu sehingga pukul 7 pagi hari Isnin DITERUSKAN. Keputusan ini dibuat oleh Panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohammad, Hakim Syarie, Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan, Wan Hassan Wan Mohamad. Mereka membuat keputusan berkenaan selepas menyemak afidavit dan nas undang-undang yang di`kemukakan oleh Cik Puan Elia dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. Datuk Daud memaklukkan bahawa penanguhan bagi mendapatkan hak lawatan kekal tidak sepatutnya berlaku memandangkan perintah tersebut telah dikeluarkan oleh mahkamah kepada seorang isteri yang sah.


Elia Suhana diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan sementara Tengku Anis diwakili dua peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari. Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah telah membenarkan Cik Puan Elia melawat Tuanku Sultan secara giliran, walau bagaimanapun perintah tersebut gagal dilaksanakan kerana dihalang oleh Raja Perempuan Kelantan, pengawal peribadi, Mohd. Shahrizan Zainal Abidin dan pekerja istana, Zaiton Hussein Merican.


Pada 4 April 2010, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan untuk menggantung sementara perbicaraan permohonan Cik Puan Elia bagi mendapatkan hak lawatan kekal terhadap suaminya sehingga 13 Jun 2010. Penggantungan prosiding itu dilakukan sementara menunggu keputusan bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap beliau.


Pada 21 Mac 2010, Cik Puan Elia melalui peguamnya telah memfailkan permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan permohonan lafaz cerai talak tiga Sultan Kelantan terhadapnya yang difailkan oleh seorang wanita Nik Rorhana Wan Abdul Rahman. Bersama-samalah kita berdoa agar Cik Puan Elia Suhana sabar menghadapi dugaan ini dan semuga beliau berjaya menemui suami tercinta . Amin.

No comments: