Monday, May 24, 2010

Elia Tokleh Masuk Istano - 24.05.2010

Semalam, sekali lagi Cik Puan Elia Suhana tidak dibenarkan memasuki Istana Mahkota walaupun telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Rayuan Syariah Kota Baharu, Kelantan pada 20.05.2010. Apabila Cik Puan Elia dan rombongannya sampai di Istana Mahkota lebih kurang jam 12:55 tengahari, pintu pagar berkenaan telah ditutup. Turut mengiringi beliau adalah peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hassan dan Rosdan Sujak Raffi serta salah seorang kekandanya. Kedua-dua peguam berkenaan menemui pengawal dipintu gerbang utama dan memaklumkan hasrat kedatangan mereka tetapi tidak dihiraukan oleh pengawal berkenaan. Mereka kemudiannya beralih ke pintu pagar kedua dimana Fakhrul dan Rosdan bertemu dengan salah seorang kakitangan keselamatan bernama Kolnel Zahari. Zahari memaklumkan ada menerima surat berkenaan beberapa hari lalu dan memaklumkan bahawa Tuanku sendiri bertitah tidak mahu berjumpa dengan Cik Puan Elia. Cik Puan Elia yang berada disitu merasa sebak dan menangis sambil berbisik sesuatu kepada kekandanya. Walau bagaimanapun selang lima minit Zahari kembali semula dan meminta surat berkenaan kerana hendak ditunjukkan kepada Tuanku. Selepas 20 minit Zahari kembali semula ke pintu pagar dan memaklumkan kepada Fakhrul dan Roslan bahawa Tuanku Ismail tidak mahu bertemu dengan Elia Suhana. Katanya " Baginda bertitah tidak mahu berjumpa dengan Elia Suhana kerana dia telah diceraikan talak tiga"


Gambar dari Utusan Malaysia
Cik Puan Elia dalam kenyataannya memaklumkan bahawa meskipun beliau begitu sedih dengan halangan demi halangan yang terpaksa ditempuh, namun ianya tidak akan mematahkan semangat beliau untuk menemui suaminya. Dari apa yang berlaku, Fakhrul pula memaklumkan bahawa pihaknya akan mengambil langkah selanjutnya termasuk membawa kes ini ke mahkamah kerana mengetepikan perintah mahkamah yang merupakan satu penghinaan. Untuk makluman semua pada 04.02.2010 Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah membenarkan Cik Puan Elia melawat suaminya secara rasmi untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Perintah itu ditangguhkan oleh mahkamah pada 04.04.2010 kerana Datin Nik Rorhana memfailkan permohonan lafas cerai talak tiga Sultan Ismail kepada Cik Puan Elia pada 09.03.2010. Perintah ditangguh sehingga keputusan lafas cerai dibuat. Walau bagaimanapun pada 20.05.2010 Mahkamah Rayuan Syariah telah membenarkan perintah tersebut berjalan seperti biasa walaupun ianya ditangguhkan sebelum ini.

No comments: