Tuesday, May 18, 2010

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Raja Perlis - 18.05.2010

Pada 17 Mei 2010 bersamaan hari Isnin, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail telah berkenaan menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang ke-67 dan sempena 10 tahun pemerintahan baginda sebagai Raja Perlis di Balairong Seri, Istana Arau, Arau, Perlis. Turut mengiringi baginda adalah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Seperti biasa istiadat didahulu dengan Istiadat Kawalan Kehormat sebelum Baginda berangkat memasuki Balai Rongseri.

Gambar dari Utusan Malaysia

Dalam istiadat ini, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan sebanyak 40 darjah kebesaran dan pingat kepada 40 orang penerima. Majlis santapan tengahari pula telah diadakan di Dewan Warisan, Kangar bersama-sama para jemputan.

No comments: