Sunday, May 23, 2010

Shahir Juara AF8 - 23.05.2010

Malam tadi (22.05.2010) Syah tidak ketinggalan untuk menyaksikan @ Astro 104, konsert akhir program TV realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dianggarkan seramai 10,000 orang penonton membanjiri Stadium Putra untuk menyaksikan konsert akhir ini. Sepertimana biasa, pengkritik malam ini terdiri daripada dua orang pengkritik tetap AF 8 iaitu Aznil Hj Nawawi dan Adlin Aman Ramlie manakala pengkritik undangan adalah Ning Baizura. Finalist pada musim ini adalah :-
  1. Emirza Azwan Zulazrin Chew atau Iwan, 20, dari Seremban, Negeri Sembilan
  2. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Maulana, 22, dari Johor Bahru, Johor
  3. Muhd Shahril Firdaus Eli atau Daus, 22, dari Kuching, Sarawak
  4. Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19, dari Ranau, Sabah
  5. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 22 dari Ipoh, Perak
  • Tengah : Juara AF8 - Shahir, Kiri : Naib Juara AF 8 - Adira dan Kanan : Tempat Ketiga - Daus
Bak kata pepatah "Tuah Ayam Nampak DiKakinya Tuah Manusia Tak Siapa Yang Tahu". Inilah namanya takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh sang pencipta yang Maha ESA. Inilah yang berlaku kepada Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir telah dinobatkan oleh pengundi-pengundi dari Malaysia, Singapura dan Brunei untuk ditahtakan sebagai Juara Akademi Fantasia Musim kelapan (AF8). Siapa sangka Shahir yang pada awalnya telah tersingkir dalam konsert ketujuh tetapi dibawa masuk semula kedalam akademi setelah mendapat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) ‘AF Masuk’ tertinggi iaitu sebanyak 68 peratus pada konsert kelapan. Shahir dilahirkan pada 05 September 1988 di Ipoh, Perak merupakan anak sulung dari lima orang adik beradik. Graduan Diploma Kejuruteraan dari Universiti Islam Antarabangsa ini merupakan bekas angota kumpulan nasyid Saujana dan merupakan pelajar Pusat Asasi UIA. Malam tadi Shahir yang kelihatan gemuruh sebelum diumumkan sebagai pemenang telah mengalirkan air mata kegembiraan apabila pengacara sensasi AF8, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley mengumunkan bahawa beliau adalah Juara Akademi Fantasia musim ke-8. Dengan kemenangan ini Shahir membawa pulang kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, percutian ke Hong Kong Disneyland, bekalan Brand’s Innershine selama setahun tajaan Cerebos, dua tiket ke New York tajaan Maybelline New York dan beberapa hadiah menarik lain termasuk telefon bimbit LG Prada tajaan LG Electronics berserta trofi dan sijil penghargaan. Syah mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Shahir atas kemenangan ini semuga anda berjaya dalam dunia seni tanahair dan diperingkat antarabangsa.

Naib Juara jatuh kepada Adira dengan pulang hadiah kereta Satria Neo 1.6 CPS HL tajaan Proton, baucar percutian tajaan May-belline dan beberapa hadiah menarik lain serta trofi dan sijil penghargaan. Manakala Tempat ketiga memihak kepada Daus dengan membawa pulang hadiah set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo dan beberapa hadiah lain serta tropi dan sijil penghargaan. Tempat keempat jatuh kepada Maulana dan Kelima Iwan yang mana masing-masing menerima tropi dan sijil penghargaan.

Pada tahun ini terdapat keistemewaan kepada para peserta akhir dimana mereka telah diberi peluang untuk mengeluarkan single dan video clip masing-masing dan tidak secara langsung mereka sudah bergelar artis. Video clip mereka telah dimainkan di Astro bermula jam 11:00pm malam tadi.

Dalam konsert akhir ini, setiap peserta akan menyampaikan sebuah lagu baru yang dicipta khas untuk mereka dan satu lagu pilihan seperti berikut:-

  1. Shahir mempersembahkan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Biru Mata Hitamku nyanyian asal kumpulan Wings
  2. Adira menyanyikan lagu Ku Ada Kamu ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Tiru Macam Saya (Datuk Sheila Majid)
  3. Daus mendendangkan lagu Kenapa? ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Doktor Pakar Cinta (Yusry KRU)
  4. Maulana menyampaikan lagu RSVP ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Susun Silang Kata (Aizat)
  5. Iwan mengalunkan lagu VIP ciptaan dan lirik oleh Edry KRU dan Relaku Pujuk (Spider)

Semuga dengan kehadiran warga-warga AF8 ini kedunia seni tanahair sedikit sebanyak akan menyemarakkan lagi industri muzik negara kita keperingkat yang boleh dibanggakankan dan bertaraf dunia. Amin.

1 comment:

Anonymous said...

shahir org kampar...