Wednesday, May 12, 2010

Mimpi - 12.05.2010

Pagi tadi Syah mimpi ker atau megigau tak tau ler. Macam Syah sedang duduk diatas kerusi dan meja panjang - macam standard meeting room tu ler. Mula-mula Syah dan ditengah seorang lelaki tak tau siapa dan disebelahnya Raja Permaisuri Perak. Raja Permaisuri perak berkata Kita dah lama tak ........... dengan rakyat dan Syah nak jawap titahnya tapi masa nak susun ayat supaya ikut protokol Syah dengar ada orang panggil. Rupa-rupanya my brother kejutkan supaya bangun mandi. Hehehhehe Mimpi rupanya ingat betul-betul bersama Tuanku Bainun dan tak sempat menjawab titah Tuanku dalam mimpi kerana dah bangun.
Masa ke tempat kerja Muss hantar sampai LRT Tmn Melati kerana pagi ini dia ada appointment dengan Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak. Dia inform lepas buat check up nak ke office dan Syah beritahu minta MC jer lah. Tak tahulah dia.

No comments: