Friday, May 7, 2010

Miza Meow-Meow Last Day - 07.05.2010

Today my Practical student MIZA menamatkan latihan practicalnya di TM. Apa-apapun best of luck Miza semuga berjaya dalam hidup dan mencapai apa yang dicita-citakan selama ini. Syah sentiasa mendoakan kejayaan Miza. Terima kasih kerana banyak membantu tugas-tugas Syah. Semuga kebaikan yang Miza taburkan itu mendapat balasan setimpal dari yang MAHA ESA. Baik-baik cari kerja tu. Untuk kali nie Syah nak kongsilah aksi-aksi si Miza Meow-Meow nie yang ada sesetengahnya dia pun tak perasan yang Syah ambil gambar dia secara candid. Nape meow-meow coz e-mail diapun guna nama meow-meow - dia nie suka kucing.
Haa....... tuan-tuan dan puan-puan inilah dia si Miza tu. Student UiTM Cawangan Terengganu. Kalau dah di tempat syah mestilah finance student. Dah ada BF, TM Scholar lagi dan Muka ala-ala Cina katanya campuran Kelantan dan Sabahan. Taste Makcik nie putih kot? Kan Miza Hehehhehe...........

Dia nie selalu melepak kat LRT dulu sebelum masuk train. Bukan apa Miza nie suka makan beli makanan seperti pisang goreng dan sewaktu dengannya. Bf dia inform kalau nak makan jangan dalam train. So sinilah tempat mereka sambil menyelam minum air kononnya.
Ini masa birthday dia. First bagi dia garlic bread dan inform tu hadiah birthday dia, tapi bila masa nak balik baru Syah bagi hadiah sebenar - Purse GUESS color Pink. Dia nie memang suka beli beg tangan untuk dijadikan koleksi peribadi.

Tengah berdiskusi dengan Fad .......boss barunya. Semenjak office Syah dilanda sunami, mamat nie take over dia, sampai ke Sabah dibawanya buat asset tagging. Heheheheh jangan marah yer.......... nanti kena jual tau?

Amboi ........ Amboi ........ Amboi ...... biasalah budak-budak zaman sekarang. Tengah bercinta sakan. Orang bercinta nie biasanya tak boeh di tegur, kalau tegurpun bak kata orang tua-tua masuk telinga kanan keluar telinga kiri so lebih baik diam kan jer. Apa-apapun bila khawin nanti jangan lupa jemput yek..... Tak jemput siap kau nanti.
Tengah tension buat kerja "sekolah" dia. Miza nie ada masa-masanya berangin juga mood dia. Alaaa biasalah pompuan kan, bila malam bulan mengambang. Nape.......... Ketawa.
Main cak-cak dengan Fad masa HC PLD Enggagement Program @ Kolej (TM Training Center). Tak Arrrrrrrrr ....depa tengah bincang pasal kerja lah.........
Candid dalam LRT. Sempat lagi berdiskusi tue walaupun train sesak dengan penumpang. Seorang berdiri dan sorang lagi duduk. Mamat nie memang baik ikut jer cakap Miza. Yer ker.... Miza jangan buli dia tau nanti dia buli balik macam filem BULI itew.
Inilah hadiah belated birthday Syah yang jatuh pada 24.04.2010 lepas. Masa birthday Syah, Miza tak ada coz di UiTM Terenganu. Di serahkan pada hari Rabu lepas 05.05.2010. Thanks Miza. All the best ya.....

No comments: