Sunday, May 9, 2010

Polis nafi bertindak kasar - 08.05.2010

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ismail dalam sidang akhbarnya pada hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak yang mereka dikasari dan tidak dibenarkan melawat Tuanku Sultan di Wad Diraja Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Katanya semenjak Tuanku Sultan dimasukkan ke HUSM pada hari Selasa lepas bersamaan 04.05.2010, Pemangku Raja Kelantan telah menitahkan agar pihak polis mempertingkatkan kawalan keselamatan dan setiap individu yang ingin melawat Tuanku Sultan perlu mendapat perkenan (kelulusan) pemangku raja kecuali lima individu yang mendapat kebenaran melawat Tuanku Sultan tanpa kelulusan Pemangku Raja Kelantan. Ini tidak bermakna kerabat diraja yang lain tidak dibenarkan melawat, cuma mereka harus mendapatkan kebenaran dan titah daripada Pemangku Raja Kelantan. Jika ada kebenaran, pihak polis tidak akan menghalang tetapi jika tiada mereka terpaksa menjalankan apa yang telah diamanahkan.

Dalam sidang akhbar ini juga beliau memaklumkan bahawa pihak polis telah mengenal pasti individu yang disyaki menembak pengawal Istana Diraja Kelantan, Ramli Mohd pada 01 Mei lepas. Suspek merupakan seorang lelaki tempatan berusia 40an dan masih dalam siasatan polis. Suspek ditangkap seminggu lepas.

No comments: