Wednesday, May 19, 2010

Ramli Mohamad Kritikal - 18.05.02010

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad memaklumkan bahawa En Ramli Mohamad berada dalam keadaan tenat semenjak hari Isnin (17.05.2010) dan berada di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Baharu, Kelantan. Beberapa organ penting beliau seperti paru-paru, buah pinggang dan hati telah dijangkiti kuman. Buat masa ini beliau berada dalam keadaan koma dan bergantung kepada mesin sokongan hayat. Dalam kejadian 01 Mei lalu En Ramli yang merupakan Pengawal Istana Kelantan yang diamanahkan untuk mengawal keselamatan keluarga Diraja Kelantan telah ditembak di bahagian dada sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya setelah selesai bertugas di Istana Negeri Kubang Kerian, Kota Bahru Kelantan. Pihak hospital mengambil masa mengeluarkan peluru berkenaan kerana ianya terkena organ penting beliau iaitu paru-parunya. Walau bagaimanapun pada 06 Mei 2010 pihak hospital telah berjaya mengeluarkan peluru berkenaan dan melaporkan beliau dalam keadaan stabil.
Gambar dari Kosmo
Datuk Halim telah dititahkan oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra untuk menyampaikan sumbangan peribadi baginda sebanyak RM100,000.00 kepada keluarga En Ramli bagi meringankan beban keluarga beliau. Sumbangan telah diserahkan kepada isteri En Ramli, Pn Maznah Mustafa di HRPZ II hari ini. Pn Maznah telah melahirkan kesyukuran beliau terhadap keperihatinan Pemangku Raja Kelantan kepada keluarganya dan wang itu katanya memang penting untuk meringankan beban keluarganya.

No comments: