Monday, May 10, 2010

Sultan Pahang Rasmi Kompleks Futsal Putrajaya - 09.05.2010

Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah memang senonim dengan arena bolasepak Negara. Sehubungan dengan itu Baginda telah berkenaan mencemar duli merasmikan kompleks Futsal Putrajaya di Presint 18, Purajaya, Wilayah Persekutuan pada tanggal 08 Mei 2010. Kompleks berkenaan mengandungi dua (2) fasa pembinaan yang mana fasa pertama mengandungi sebelas gelanggang telah dapat disiapkan sepenuhnya dalam masa 40 hari dengan kualiti yang tinggi mengikut spesifikasi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) manakala fasa kedua dijangka siap pada November 2010. Kos pembinaan kompleks ini dianggakan berjumlah RM3.4 juta. Salah satu gelangan utamanya diberi nama Gelanggang Mokhtar Dahari mengambil nama legasi pemain bola sepak negara Datuk Mokhtar Dahari. Gelanggang ini akan dijadikan gelanggang tertutup dengan 1000 tempat duduk grand stand. Turut serta dalam perasmian ini adalah Menteri & Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Razali Ibrahim, Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman dan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh. Semuga dengan perasmian ini akan dapat menyemarakkan lagi sukan bolasepak sebagai salah satu sukan pilihan rakyat Malaysia dan mengangkat martabat bolasepak Negara diperingkat antarabangsa.

No comments: