Sunday, May 2, 2010

Tengku Faris Melawat Ramli - 02.05.2010

Pemangku Raja Kelantan, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra telah berkenan mencemar duli melawat En Ramli Mohd, (50) di wad ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II di Jalan Hospital, Kota Baharu disini hari ini. En Ramli merupakan salah seorang anggota keselamatan Istana Kelantan yang ditembak dibahagian dada semasa dalam perjalanan pulang kerumahnya setelah menamatkan tugas di Istana Negeri. Kejadian berlaku pada jam 12:30 malam semalam di Kampung Sungai Nyior, Palekbang. Hari ini pihak hospital memaklumkan keadaan beliau semakin stabil tetapi peluru dibahagian dada kanannya masih belum dikeluarkan memandangkan ianya harus dilakukan berhati-hati kerana melibatkan organ dalamannya iaitu paru-paru beliau. Bersama-samalah kita doakan agar beliau cepat sembuh dan sihat seperti biasa, dipanjangkan umur dan dimurhkan rezeki. AMIN.

No comments: