Saturday, June 12, 2010

Aktiviti Jumaat :- 11.06.2010

Pagi Jumaat nie Syah dan Muss hantar Cd ke 7E Kosas. Sebelum tu kami singgah breakfast di Nasi Lemak Sotong Istemewa di AU3.
Muss dan Cd sedang menikmati sarapan nasi lemak mereka. Tempat ini memang favourate Muss dan kadangkala sebelum ke office dia boleh singgah kesini untuk breakfast.Yang ini Syah punya breakfast. Nasi lemak lauk rendang daging, sambal sotong dan kentang goreng. Manalah Sister Syah - Kak Lang Ella tak marah kalau baca blog nie coz dia asik tengok Syah makan....makan.....makan sahaja katanya sebab tu jadi gemuk. Dia takut Syah kena darah tinggi macam dia. Hehehhehee.

Dah kedaipun nama nasi lemak sotong istemewa. Haaaaa tengoklah tu satu besen Mak Cik nie sedang siang sotong untuk dibuat sambal tumis sotong. Memang sedap dan kalau anda semua ada masa datanglah ke AU3 dan cari gerai nie. Sekarang nie malampun dia buka tau.
Lepas tu Muss ke Rumah Kak Ngah Faziah dan dia dropkan Syah di rumah Kak Lang Ella di area yang lebih kurang sama jer rumah mereka. Syah minta Muss fetch Syah lebih kurang jam 12:00 tengahari. Kak Lang buatkan Syah teh panas dan goreng kentang. Sempat lihat kucing Muss yang diberi kepada Kak Lang dan dah besar dia, adik Awok. Dulu namanya Muss panggil Hafis dan sekarang Kak Lang panggil dia Hitam. Gambar kat atas tu anak bungsu Kak Lang - Ku Chik @ Ijat (8 tahun) bersama hitam. Anak Kak Lang dua orang sahaja dan yang sulung Firdaus dan nak ambil SPM tahun ini. Sempat sembang-sembang isu family dengan Kak Lang dan hampir jam 1:00pm Muss datang.
Imbang PenuhHari ini tak solat Jumaat. Muss ajak Syah ke Spectrum Ampang dan dia nak cuci kereta sekali. Sementara tu Syah lepak minum-minum di A&W sampai urusan Muss selesai. Masa nak keluar Muss beli udang goreng di Thai stall diluar Spectrum Ampang. Dalam kereta hari hujan dan Muss kata baru jer basuh kereta dah hujan. Hehehehhehe
Biasalah dalam kereta Syah tidur dan bila bangun Muss ajak Syah makan nasi ayam di Sentul. Nama gerainya Al-Awal Ain Nasi Ayam. Sedap nasi ayamnya ada dua pilihan samada ayam biasa atau kampung. Gerai ini tiada minuman panas, cuma ada ABC, Sirap dan Teh O Ice. Satu sahaja kelemahan gerai nie banyak sangat lalat dan langau, memang banyak yang herannya orang yang makan disinipun ramai juga. Tak tahulah hari lain ada lalat atau tidak atau mungkin hari ini sahaja ada lalat coz hujan? No comment coz ini pertama kali makan disini.

No comments: