Thursday, June 17, 2010

Azrinaz Dicerai Talak Satu - 17.06.2010

Jika dahulu Syah dan kita semua dikejutkan dengan berita perkahwinan diantara KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan Azrinaz Mahzar Hakim tapi hari ini kita merasa terkilan kerana Sultan Brunei melepaskan Azrinaz dengan talak satu dalam usia perkahwinan yang masih muda iaitu hampir menjangkau 5 tahun pada 20 Ogos ini. Syah mendengar berita ini melalui radio Era pagi tadi. Sebenarnya berita mengenai perceraian ini telah dimaklumkan kepada rakyat Brunei melalui RTB (Radio dan Televisyen Brunei) pada jam 08:00pm malam tadi. Berita ini disampaikan oleh YAM Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar.

Dalam ucapanya beliau memaklumkan "Maka pada petang Rabu 03 haribulan Rejab 1431 Hijrah bersamaan dengan 16 haribulan Jun tahun 2010 masihi (baginda) telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar"

Dengan pengumaman ini telah menjawab segala teka-teki mengenai penceraian Sultan Brunei dan Azrinaz yang selama ini menjadi tandatanya kepada rakyat Brunei. Sehubungan dengan itu, segala gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan kepada Azrinaz telah ditarik balik berkuatkuasa mulai tarikh penceraian. Walau bagaimanapun beliau tidak memaklumkan sebab-sebab penceraian dan hanya menyatakan ianya berlaku atas sebab-sebab khas tanpa memberitahu butiran lanjut. Azrinaz telah menjadi janda kepada Sultan Brunei dalam usia 30 tahun. Hasil perkahwinannya dengan Sultan Brunei, telah dikurniakan dengan sepasang cahaya mata. 

Dengan penceraian ini, Sultan Brunei hanya mempunyai seorang isteri buat masa ini iaitu Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Ini bukanlah kali pertama Sultan Brunei menceraikan isteri baginda kerana sebelum ini baginda menceraikan Mariam Abdul Aziz pada Februari 2003 selepas 21 tahun mendirikan rumahtangga dengannya. Dua tahun kemudian, pada 20 Ogos 2005 Rakyat Malaysia dan Brunei dikejutkan dengan berita perkahwinan Sultan Brunei dan Azrinaz. Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan baginda di Istana Sultan Brunei di Malaysia iaitu di Rumah Awang Alak Bertatar di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Sebelum berkahwin Azrinaz merupakan seorang penyampai berita di TV3. Azrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei dalam usia 26 tahun manakala Sultan Brunei waktu itu berumur 59 tahun dengan perbezaan umur sebanyak 33 tahun.


Buat masa ini Sultan Brunei dikurniakan duabelas orang cahayamata dengan lima putera dan tujuh puteri dari tiga orang isteri baginda yang mana dua darinya telah diceraikan seperti berikut :-

Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Pengiran Anak Hajah Saleha
  • Puteri Rashidah (26.07.1969)
    Puteri Muta-Wakkilah (12.10.1971)
    Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah (17.02.1974)
    Puteri Majeedah (16.03.1976)
    Puteri Hafizah (12.03 1980)
    Putera 'Abdul Malik (30.06.1983)
Mariam Abdul Aziz - Bercerai
  • Putera 'Abdul 'Azim (29.07.1982)
    Puteri 'Azemah (26.09.1984)
    Puteri Fadzillah (23.08.1985)
    Putera 'Abdul Mateen (10.08.1991)
Azrinaz Mazhar Hakim - Bercerai
  • Putera ‘Abdul Wakeel (01.06.2006)
    Puteri Ameerah (28.01.2008)

No comments: