Saturday, June 5, 2010

Bandar DiRaja - 06.06.2010

Pernah tak anda mendengar perkataan Bandar DiRaja. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah bandar DiRaja. Bandar DiRaja adalah merupakan bandar kedua terpenting selepas ibu negeri bagi negeri-negeri yang mempunyai Sultan/Raja di Malaysia. Bandar DiRaja inlah terletaknya Istana Rasmi Sultan/Raja dan tempat tinggal kebanyakan kerabat DiRaja dari keturunan yang awal lagi. Manakala ibu negeri pula adalah merupakan pusat pentadbiran Kerajaan. Dari sembilan buah negeri beraja di Malaysia hanya tiga buah negeri sahaja tidak mempunyai bandar DiRaja iaitu Kelantan, Terengganu dan Johor. Jika mengikut system penjajah British biasanya Istana Rasmi Sultan/Raja terletak di Ibu Negeri, walau bagaimanpun disebabkan faktor geografi dan ekonomi beberapa buah negeri di Tanah Melayu pada masa itu menyebabkan ibu negeri terpaksa diujudkan ditempat yang lebih jauh dari Istana Rasmi dan bandar yang menempatkan Istana Rasmi berkenaan digelarkan sebagai Bandar DiRaja dan setiap Sultan/Raja mempunyai Istana Hinggap di ibu negeri masing-masing sebagai tempat persemayaman baginda. Hanya Negeri Kedah sahaja bandar DiRajanya terletak di Anak Bukit dalam daerah Alor Star (ibu negeri Kedah).

Bandar-Bandar DiRaja di Malaysia :-
  • Bandar DiRaja Seri Menanti, Negeri Sembilan,
  • Bandar DiRaja Kelang, Negeri Selangor (dahulu di Jugra)
  • Bandar DiRaja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak
  • Bandar DiRaja Arau, Perlis
  • Bandar DiRaja Anak Bukit, ALor Star, Kedah
  • Bandar DiRaja Pekan, Pahang
Gambar Istana Rasmi Sultan/Raja di Bandar DiRaja. Bermula dari atas kiri ke kanan Istana Abu Bakar, Bandar DiRaja Pekan, Pahang. Istana Alam Shah, Bandar DiRaja Kelang, Selangor. Istana Arau, Bandar DiRaja Arau, Perlis. Istana Besar Seri Menanti, Bandar DiRaja Seri Menanti, Negeri Sembilan, Istana Iskandariah, Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak dan Istana Anak Bukit, Bandar DiRraja Anak Bukit, Alor Star, Kedah.

No comments: