Tuesday, June 8, 2010

Perjalanan Hari Ini - 07.06.2010

Today Syah tak kerja kerana tidak sihat - demam. Sempat call Kak Has inform tak dapat datang kerja hari ne. Breakfast cucur bilis jer lepas tu online dan tertidur sampai jam 04:00pm. Muss call inform nak beli lampu kristal dan Syah kata kalau minat beli jer. Lepas tu Syah mandi dan solat zohor. Siap dan terus keluar takut lambat kerana appointment dengan New York Jam 06:00pm. Naik LRT lah naik apa lagi............

Sampai stesyen Bangsar Syah tunggu shuttle bus ke Mid Valley dan terus ke NY. Sampai di NY lebih kurang jam 05:45 dan May pun attend Syah. Today dapat bilik macam biasa N0.1 dan Syah buat bio max treatment hari ini. Jam 07:30 selesai. Actually appointment Syah hari Rabu tapi May cancelled kerana dia cuti.

Dari NY ke Mid Valley. Jalan-Jalan sekejap coz nak balikpun tak ada sesiapa di rumah. Pusing sana pusing sini akhirnya rasa macam lapar. So Syah mamam popian dari gerai Sister Cirspy Popiah and for drinks Air Mata Kucing di kiosk Mou Tak Ding. Syah biasa minum air nie di Petaling Street dan kebetulan mereka buka cawangan di Mid Valley. Memang sedap tak caya cubalah. Nak cari senang jer, kiosk dia ada lambang naga macam kat plastic cup tu.
Dari Mid Valley tunggu shuttle bus ke LRT Bangsar dan dari Bangsar terus balik rumah. Dalam train Syah dapat duduk tapi bayangkan semua duduk tu badan ku semangat macam Syah. Sempit rasanya. Tapi hentam sahaja lah labu. Sampai di LRT Melati jalan kaki ke KL Residence. Masa lalu kat rumah flat dekat stesyen LRT Syah nampak ada orang letak kerusi tengah jalan macam tutup jalan dan ada khemah. Ingat orang kahwin tapi bila Syah lalu kat surau tu nampak ada jenazah baru diletakkan dalam surau. Ada orang meninggal rupanya. Sambil jalan Syah sedekahkan al-fatihah kepada hamba allah tu.
Sampai rumah, Muss dah ada rupanya. So Syah tanya dah makan ker dan dia jawab sudah. So Syah masak nasi, goreng telur dan ayam. Lepas tu nampak ada sardine dalam tin. So Syah masak sardin. Muss kata nak ayam goreng sahaja. Bila nak makan Mus tengok Syah makan dan diapun ambil nasi sekali. Syah Makin Gemuk lah sekarang, risau plak............ Sekarang jam 01:07am Syah update blog sambil menonton cerita tamil dengan Muss di ruang tamu. Tajuknya GOA - Best gak ceritanya. Muss kata box office cerita tamil kat India.

No comments: