Thursday, June 10, 2010

Ragam Manusia Dalam LRT - 10.06.2010

Apabila kita menggunakan public transport means kita akan berhadapan dengan berbagai ragam manusia dengan pael (tabiat) masing-masing. Best juga ada experience macam nie yang mana tidak akan dialami orang-orang yang menggunakan kenderaan peribadi. So Syah nak kongsi bersama gelagat manusia yang sempat dirakamkan pada 8.06.2010.

Click atau Ketik (yer ker) gambar untuk view yang lebih besar

Perempuan disebelah kiri berkenaan asik main game menggunakan komputer riba dan melatakkan beg sandangnya disebelah tempat duduknya. Keadaan ini menyebabkan orang lain tidak boleh duduk kerana malas nak bergaduh atau menegur perbuatannya. Walau bagaimanapun datang seorang perempuan dan duduk disebelahnya dan dia hanya menarik sedikit begnya dan menyebabkan perempuan yang duduk itu merasa tidak selesa. Pada anda semua jika ingin menggunakan komputer riba dalam LRT/bus tidak mengapa tapi jangan sampai perbuatan kita menyusahkan orang lain. Kadangkala perkara seperti ini kita tidak perasaan sebenarnya sehingga ada orang menegur kita baru kita tahu perbuatan itu salah. Apa-apapun kita harus berfikiran waras dan memikirkan juga orang lain dan keadaan sekeliling bila berada ditempat awak kerana semuanya terpaksa dikongsi bersama orang lain.
Click pic for large view

Yang ini pula sering berlaku dalam LRT. Mana taknya, penat bekerja/berjalan tapi bila masuk LRT tak dapat duduk. Alternatif terakhir duduk dilantai. Lelaki berbaju putih ini duduk kerana keletihan. Memang nampak letih dia Syah tengok. Apabila penumpang semakin ramai dia bangun mungkin tidak hendak menggagu orang lain. Tapi apabila dia bangun orang sebelahnya pula yang baru masuk train landing kat lantai tu pulak sambil main phone (SMS atau dengar lagu kot) Hehehhee macam-macam hal. Pada anda yag tak pernah naik bas atau LRT MAI LAH ......... cubalah sekali-sekala seronok lihat gelagat orang ramai. Kalau naik komuter ke Rawang atau Seremban exspecially pick hours lagi happening sampai makin hamun, mencarut dan bergaduhpun ada sebab nak masuk juga tapi tak muat atau mereka marah didalam nampak kosong tapi didepan pintu penuh. Keadaan ini bukan apa kalau mereka masuk ketempat yg nampak kosong tu KTM tidak menyediakan pemegang dan bila komuter berjalan boleh jatuh tau. Tapi marah punya pasal mereka tak fikir masalah orang lain dan ada yang tendang pintu komuter tension tak dapat naik.

BETULLLLLLLLLLL ...............Nak Tengok Naiklah LRT Ker Komuter atau Bas. Mesti pecah panggung Ko orang.

No comments: