Sunday, June 13, 2010

Tarik Gelaran Datuk - 13.06.2010

Pada hari Jumaat (11.06.2010) lepas, Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor yang juga merupakan Menteri Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia iaitu Datuk Abdul Rahim Ramli telah mengadakan satu sidang akhbar di Istana Besar Johor Baharu, Johor bagi memaklumkan perlucutan darjah kebesaran Datuk kepada empat individu. Menurut Datuk Rahim, segala keputusan telah dibuat selepas menimbang laporan terhadap individu-individu berkenaan sebelum dikemukan kepada Tuanku Ibrahim sebagai Sultan Johor untuk menarik semula gelaran berkenaan berdasarkan :-
  • Fasal 12 undang-undang dan peraturan bagi Darjah Mahkota Johor dan fasal 7(F) Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1985 untuk memecat serta mengeluarkan mereka daripada Darjah Mahkota Johor.
Sultan Johor
Tuanku Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar
Penarikan ini merupakan kuasa mutlak Sultan Johor dan pihak Jumaah Majlis Diraja Johor tidak akan mendedahkan sebab-sebab penarikan berkenaan atas alasan tidak mahu mengaibkan individu-individu berkenaan. Berikutan daripada penarikan ini, individu-individu terlibat tidak boleh lagi menggunakan gelaran dan huruf ringkas darjah berkenaan dalam segala urusan rasmi /tidak rasmi mereka. Mereka juga dikehendaki memulangkan semula pingat yang telah dianugerahkan kepada Jumaah Majlis Diraja Johor. Penarikan ini berkuat kuasa bermula 04.06.2010.

Negeri Johor merupakan negeri yang pertama di Tanah Melayu memperkenalkan darjah kebesaran semenjak 1886 sebelum diikiti oleh negeri-negeri lain tigapuluh tahun kemudian.


Individu-individu berkenaan adalah :-

Komander Shaftdean Lutfy Rusland

  • Dua Darjah Kebesaran
  • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) pangkat pertama
  • Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) pangkat kedua
  • Beliau merupakan adik ipar kepada Sultan Johor, Tuanku Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Iskandar iaitu suami kepada Tunku Muna Najiah binti Al-Marhum Sultan Iskandar dan merupakan puteri kepada Sultanah Zanariah.
Datuk Seri Chua Jui Meng
  • Dua Darjah Kebesaran
  • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) pangkat pertama
  • Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) pangkat kedua
  • Beliau merupakan bekas Menteri Kesihatan dan sekarang telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR
Datin Paduka Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir
  • Dua Darjah Kebesaran
  • Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) pangkat pertama
  • Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) pangkat kedua
  • Beliau merupakan penjelajah Solo Negara ke Kutub Utara dan Kutub Selatan.
Hassan Yunos
  • Satu Darjah Kebesaran
  • Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) pangkat kedua
  • Beliau merupakan seorang peguam.

No comments: