Saturday, June 5, 2010

Tengku Mohamad Rizam dianugerahkan Gelaran Tengku Panglima Raja Kelantan - 05.06.2010

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah berkenaan mengurniakan anugerah kebesaran negeri yang membawa gelaran Tengku Panglima Raja Kelantan kepada Datuk Tengku Mohamad Rizam bin Tengku Abdul Aziz pada 02.06.2010 bagi mengenang jasa beliau sebagai salah seorang ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN) yang telah banyak menyumbang kepada institusi kesultanan Kelantan khususnya dan rakyat kelantanamnya. Istiadat pengurniaan ini berlangsung di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan.Gelaran Tengku Panglima Raja yang dianugerahkan adalah berlandaskan perkara 44(1) yang memberi hak kepada Tengku Faris Petra untuk mengurniakan gelaran raja bergelar kepada kepada mana-mana kerabat lelaki baginda.Gelaran ini dikurniakan oleh Pemangku Raja Kelantan berlandaskan perkara 43(1), Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagia Yang Kedua.

Gambar lama Tengku Mohamad Rizam. Tengku disebelah kanan sekali.

Tengku Panglima Raja Kelantan merupakan anakanda sulung kepada Tengku Sri Utama Raja, Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah yang merupakan bekas Yang Dipertua MPN yang telah dipecat atas titah Pemangku Raja Kelantan pada 26.03.2010 sewaktu krisis Istana Kelantan baru-baru ini. Bondanya merupakan kekanda sulung Tuanku Sultan Kelantan iaitu Tengku Merjan. Beliau merupakan cucu sulung kepada Sultan Yahaya Petra dan anak saudara kepada MP Gua Musnag, Tengku Razali Hamzah. Beliau bertugas di RHB Bank sebagai RHB Banking Group Central Deputy Regionl Director.


Tengku Panglima Raja Kelantan berkahwin dengan Datin Tunku Noor Hayati binti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tunku Noor merupakan puteri kepada Perdana Menteri Malaysia pertama. Hasil dari perkahwinan ini beliau dikurniakan dengan dua orang putera dan seorang puteri iaitu:-
Tengku Abdul Rahman Petra lahir pada 1995
Tengku Yahya Aziz Petra dilahirkan pada 1998
Tengku Nur Qistina Petri dilahirkan pada 1992
Dengan anugerah ini Tengku Noor menggunakan gelaran Tengku Puan Panglima Raja.

No comments: